D-Life

Hati-hati, ini akan berlaku jika korang tak sukakan kerja korang!

Oleh  | 

ZAMAN sekarang memang susah nak dapatkan pekerjaan. Once dah dapat kerja kita perlu bersyukur dan kena terima kerja kita dengan ikhlas. Bila kita dapat kerja yang kita tak minat dan tak sesuai dengan keinginan kita, jangan la kita merungut. Sebab kat  luar sana tu ramai yang tak bernasib baik untuk dapat kerja tau.

Keadaan macam ni tak elok sebenarnya berlarutan. Walau apapun keadaannya, kita kena tanam dalam diri untuk mencintai kerja kita. Kalau perasaan korang tu berlarutan tak mustahil akan ada perkara negatif yang terjadi dalam hidup korang. So jom kita baca apa yang akan berlaku kalau kita tidak menyukai pekerjaan kita!

Mudah stress

Korang akan rasa pekerjaan itu satu beban berat yang perlu dipikul kalau korang tak enjoy dengan kerja korang. Ini sangat bahaya ladies. Jika korang tak cuba untuk tanam cinta pada kerja, tak mustahil korang akan mudah serabut dan lama-kelamaan akan leads to depression. So sebagai solusinya, jangan terlalu fikirkan beban kerja. Ada satu masa korang perlu tenangkan diri dan lakukan aktiviti lain. Atur waktu kerja korang sebaiknya supaya tak serabut dan kelam-kabut.

Hilang motivasi dan kepercayaan diri

Bila korang tak ada minat pada kerja korang, automatik korang akan buat kerja ala kadar je. Dalam kepala cuma fikir nak selesaikan kerja cepat atau buat kerja sekadar tak nak kena marah dengan boss. Kalau korang ada fikiran yang macam ni, korang dah sia-siakan masa kerja sebab buat kerja tanpa hati. Untuk majukan diri, korang kena fikir luar dari kotak dan sentiasa positif. Mesti akan ada perkara-perkara yang baik akan berlaku dalam hidup kita sekiranya kita berfikiran positif.

Isomnia

Kerap fikirkan perkara yang tak best tentang kerja sampai boleh mimpi buruk ni kira dah bahaya guys! Ianya boleh menganggu pola makan dan waktu tidur. Ini tak bagus untuk kesihatan kita tau. If korang tak suka kerja tu sekalipun jangan lah sampai kesihatan korang terjejas. Walaupun  masih belum dapat terima pekerjaan sepenuhnya, korang kena jaga kesihatan dan atur balik pola makan dan tidur korang supaya badan korang kembali cerdas dan sihat.

Menjauhkan diri dari kehidupan sosial

Biasalah bila kita terlalu stress di tempat kerja, sedikit sebanyak boleh drag perasaan tu dalam kehidupan seharian kita. Tanpa sedar kita akan jadi emosional dan akan effect orang sekeliling kita. Jangan biarkan hal ini berlarutan kerana ianya boleh jadikan hidup korang takde makna padahal korang patut bangga bila korang dah dapat pekerjaan. Sebaiknya jangan biarkan situuasi ini berlarutan. Please do something!

Sebenarnya kita perlu pandang juga sisi baik pekerjaan kita. Pekerjaan yang kita tak suka ni belum tentu tak boleh bagi kebaikan pada kita. Satu hal lagi, kita perlu belajar mencintai apa yang kita buat. Manusia terdidik dari kebiasaan so kita perlu biasakan diri sampai kita ada hati pada sesuatu perkara. Good luck ladies!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my