Serious?!

Hati-hati! Jangan tertipu dengan ‘online’ scam di internet!

Oleh  | 

SIS selalu dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali kononnya datang dari badan kerajaan ataupun pihak syarikat yang konon menawarkan hadiah wang tunai beribu ringgit.

Dulu sis tak tahu pun yang benda ni scam dan sis hampir ditipu disebabkan sis rasa macam apa yang diberitahu itu dan lakonan yang dibuat oleh scammer nampak real tau!

Tak cukup dengan itu, scammer ni pandai pintas talian badan kerajaan so bila diorang call akan muncul nombor dari badan kerajaan tu yang buatkan korang akan terpedaya. So dekat sini sis nak kongsikan tips macam mana kita nak kesan panggilan itu scam ataupun tak dan harap-harap korang tak tertipu la ye.

Minta Nombor Kad Pengenalan

Haa,senang nak detect scam ni kalau contohnya diorang call kata diorang dari SPRM ke atau mana-mana badan kerajaan lepastu diorang cakap yang “anda didapati bersalah melakukan transaksi beribu ringgit di negeri sekian-sekian” korang jangan la percaya.

Nak jadi lagi confirm yang ni scam bila lepas diorang dah cakap macamtu,diorang minta nombor kad pengenalan pula. Jangan tertipu, sebab kalau korang ada buat transaksi ataupun melakukan jenayah,pihak kerajaan dah pun ada no I.C korang.

Membuat Laporan Polis atas Talian

Benda ni yang korang wajib tahu sebabnya polis tidak akan sesekali membenarkan untuk membuat laporan atas talian. Kebiasaannya pihak polis akan menyuruh kita pergi ke balai polis terdekat untuk membuat laporan.

Jadi kalau tetiba korang dapat call macam ni yang suruh korang buat laporan atas talian sahaja korang terus je matikan phone tu

Penuh Drama

Haa,korang jangan ingat scammer ni biasa-biasa tau. Diorang ni pelakon yang sangat mantap tau, kalau diorang masuk Anugerah Skrin ni confirm menang pelakon terbaik.

Diorang akan react macam korang buat jenayah besar dan menggunakan nada yang akan buat korang fikir yang korang ni dalam bahaya ataupun fikir korang dah menang jackpot.

Biasanya badan kerajaan takkan buat drama dan biasanya diorang akan cakap perkara yang penting tanpa ada sebarang action yang berlebihan.

Minta Details dan Jumlah dalam Bank

Benda ni yang paling bahaya kalau korang termakan umpan scammer ni. Korang tak noleh sewenangnya reveal korang punya no account dan jumlah duit yang korang ada dalam bank pada orang yang tak dikenali.

Jadi jangan terpedaya dengan taktik ni, sebab pihak bank pun biasanya dah pesan jangan reveal dekat orang lain.

Jadi lepas ni korang take note tiga langkah utama yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan penipu ni okay? Sebab sangat lah mustahil untuk kroang dapat bali ganti rugi kalau dah jadi mangsa!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my