Be-You-Ty

Hati-hati ketika mencukur di miss V. Ini cara dan tips wajib diamalkan

Oleh  | 

KALAU bab mencukur memang jarang kita dengar ada orang disekeliling nak ajar. Kadang-kadang disebabkan tak tahu cara mencukur atau menjaganya dengan baik, boleh menyebabkan penyakit iritasi!

Bila terkena iritasi di tempat yang sensitif tu, punya lah tak selesa. Gatal dan sampaikan ada yang pedih dan membengkak! Tempat yang paling sensitif ni kena jaga dengan cara yang betul.

Ini sis nak kongsikan dekat korang macam mana nak mencukur dengan betul dan elak iritasi yang tidak diingini.

Memilih pencukur yang betul

Langkah pertama yang wajib untuk korang buat adalah memilih pencukur yang betul. Sepeti contoh jangan gunakan pencukur yang sebarangan atau terlalu murah. Pastikan korang perhatikan pencukur korang tu mempunyai 3 pisau dan mempunyai moisture strip.

Tukar shaver dengan kerap

Bagi mengelakkan sebarang bakteria dan meletakkan kulit dalam risiko untuk rosak dan menjadi gelap, Pastikan anda menukar pencukur dengan kerap sekurang-kurangnya seminggu sekali,

Cukur kearah yang betul

Pastikan korang mencukur dengan arah yang betul supaya tidak berlakunya ingrown hair atau bengkak. Cara mencukur yang betul adalah, menggunting terlebih dahulu bulu yang panjang dan mulakan bercukur dengan arah ke bawah.

Itu lah dia tips dan langkah yang cukup simple untuk korang amalkan dan sis harapkan korang jaga juga kebersihan selepas bercukur.

Pastikan korang mencuci di bahagian bawah tu dengan air suam dan tak perlu menggunakan sabun atau sebagainya.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my