Serious?!

Hati-hati! Pakar kata ‘kelawar buah’ boleh bawa 6 virus

Oleh  | 

WABAK Koronavirus masih lagi hebat diperkatakan apabila kementerian kesihatan mengesahkan dua lagi beranak warga tempatan yang tiba dari Wuhan melalui Misi Bantuan Kemanusiaan. Mereka kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar.

Ramai ahli akademik dan pakar masih memperkatakan mengenai wabak ini. Ini termasuklah seorang Ahli Patologi Fakulti Kedoktoran Haiwan, Prof Agus Setiyono yang turut mengkaji mengenai wabak Koronavirus ini. Menurut Prof Agus, wabak ini merebak melalui kelawar pemakan buah.

Dalam penyelidikannya, ada enam jenis virus didapati ada pada kelawar itu iaitu koronavirus, bufavirus, polimavirus, alfaherpesvirus, paramyxovirus dan gammaherpesvirus. Kelawar yang dikaji dalam penyelidikan ini diambil dari beberapa sampel antaranya Bukit Tinggi, Bogor, Penjalu, Gorontalo, Soppeng dan lain-lain.

Virus ini boleh berada di badan kelawar ini tanpa memberikan masalah serius kepada kelawar itu. Bukan itu sahaja, virus ini mungkin wujud pada buah yang dimakan kelawar.

Penyebaran Koronavirus dari kelawar yang terbang jauh untuk mendapatkan tempat tinggal mengikut musim buah yang dimakan juga.

Kelawar mempunyai sistem imunisasi yang bagus dan banyak virus boleh berada di dalam tubuh seekor kelawar.

 Agus menyarankan orang ramai agar tidak menyentuh kelakar dan memakannya. Selain itu orang ramai dinasihati untuk tidak menyentuh buah yang telah dimakan oleh kelawar.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my