D-Life

Hati-hati! Terlebih bawang putih boleh menyebabkan…

Oleh  | 

BAWANG PUTIH merupakan satu bahan semula jadi yang mempunyai lebih daripada berpuluh kebaikkan. Bermula daripada kecantikkan kulit sehinggalah kesihatan dalaman.

Memang tidak dinafikan ia boleh membantu mengekalkan kecantikkan dan juga kesihatan tubuh badan kita. Bawang putih juga merupakan satu kelengkapan utama dalam menyediakan masakan yang enak.

Daripada masakan jenis western sehinggalah masakan tempatan. Namun, bukan semua yang boleh menerima akan baunya dan sudah semestinya ada juga keburukkan yang boleh menggangu kesihatan daripada bawang putih.

via GIPHY

Pada pandangan sis, semua jenis makanan mahupun yang sihat atau pun tidak boleh mendatangkan kemudaratan jika kadar pengambilannya berlebihan. Oleh sebab itu, kita seharusnya mengawal pengambilan makanan agar ia tidak menjejaskan kesihatan diri tanpa mengira jangka masa.

Bawang putih ini jika dimakan dalam bentuk mentah mampu untuk memberikan kesakitan pada kepala. Mengikut sumber, ada kajian yang menunjukkan mengambil bawang putih mentah boleh meransangkan saraf trigeminal yang membebaskan neuropeptida dengan memasuki ke punutup selaput otak. Justerunya, individu akan mengalami sakit kepala!

 

via GIPHY

Tambahah lagi, korang juga berisiko untuk muntah dan juga pedih ulu hati. Oleh sebab itu, kawal sikit pengambilannya. Bukan setakat itu ye, makan bawang putih secara lebihan boleh merosakkan kulit di mana kandungan allinase di dalamnnya boleh menyebabkan korasng mengalami ruam pada kulit.

Sumber:Wanista

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my