Dhiaventure

Hati ni nak  sangat ‘travel’, tapi sis cuak la naik pesawat!

Oleh  | 

SEMUA orang memiliki perasaan takut di dalam dirinya. Ada yang takut kepada ketinggian, takut kepada labah-labah, lipas, atau kegelapan.

Tragedi demi tragedi melibatkan nahas pesawat menyebabkan ramai orang mula gerun untuk menaiki kapal terbang. Namun, jika kamu menjadikan fikiran sedemikian, kamu akan menghalang diri untuk keluar negara. Takkanlah kamu nak dikalahkan dengan perasaan kamu itu.

Setiap daripada kita  mempunyai tingkat ketakutan yang berbeza-beza. Maka tidak hairanlah semua mempunyai cara berbeza untuk menanganinya. Ada yang terpaksa mengambil alkohol atau ubat penenang sebelum perjalanan. Jangan risau girls, meh sini team Dhia tolong kamu atasi masalah kegerunan ini.

 Ketahui apa yang triggered kamu

Bila nak naik kapal terbang ni, memang ada banyak fikiran yang bukan-bukan melintas di dalam otak kamu. Ada yang cuak takut pesawat sebab takut terhempas. Namun, kamu perlu terlebih dahulu kenal pasti apa yang membuatkan kamu berfikiran seperti itu. Adakah ia menggangu fikiran kamu sekejap atau selamanya? Kalau ia muncul secara berulang, kamu mungkin mengalami fobia.  Jika kamu takut berada di ruang sempit selama berjam-jam, kamu boleh duduk di tepi jendela sambil membayangkan keindahan langit sampailah kamu berasa tenang.

via GIPHY

Ambil tahu tentang pesawat

Kalau kamu asyik tidak keruan, mungkin kamu boleh mencari pengetahuan tentang keadaan pesawat. Ini kerana otak kita sering berandai-andai dan terus membayangkan ketakutan.  Namun, jika kita sudah menyiapkan diri kita dengan pengetahuan, ketakutan kita akan semakin berkurang.

Tak mengapa berasa cemas

via GIPHY

Ada beza cemas dengan berbahaya. Kadang kamu hanya berasa cemas, tapi ia tidaklah bererti kamu dalam bahaya. Jika kamu tidak mengawal fikiran kamu untuk memikirkan perkara negatif, ia akan membuatkan ketakutan kamu menjadi nyata.

Tenang, kawan

Memang perkara biasa bila pesawat yang kamu naik akan bergoncang sedikit. Tapi jangan risau kerana ia memang  dicipta untuk mengawal gegaran. Anggap sahaja ia perkara biasa macam masa kita bawa kenderaan. Ada bergoyang sikit jika kita memandu di atas jalan yang tidak rata.

Nikmati perjalanan

Untuk melawan ketakutan dan fikiran yang bukan-bukan, apa kata kamu nikmati sahaja pengalamn menaiki pesawat. Latih otak kamu untuk tidak terlalu memikirkan perkara-perkara yang boleh triggered kamu untuk berasa takut. Orait girl? Jom travel!

via GIPHY

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my