Dhia Glam

‘Heels’ jenis apa yang kamu pakai hari ini?

Oleh  | 

GADIS dan heels, memang tak dapat dipisahkan, kan? Kamu sendiri, ada berapa pasang kasut tumit tinggi? Tentu banyak. Apapun, kasut tumit tinggi memang pilihan ramai wanita kerana dapat menyerlahkan karisma si pemakai.

via GIPHY

Jika kamu baru berjinak-jinak mahu pakai heels, kamu berada di tempat yang betul. Atau mungkinkah kamu memang biasa memakai kasut tumit tinggi, cuma kamu tidak pernah tahu pun jenis heels apa yang kamu pakai. Haa, ini dia jenis-jenis heels yang perlu kamu tahu!

 

  1. Peep toes

FOTO: Stylecraze

Ini jenis heels yang paling seksi. Tumitnya terdapat dalam variasi ketinggian. Lebih tinggi, lebih ranggi. Kasut tumit tinggi jenis ini terbuka di hadapannya, sebab itu namanya peep toes. Sesuai dipadankan dengan seluar panjang separa buku lali atau dress pendek.

 

  1. Wedge heels

Types Of Heels - Wedge Heels

FOTO: Stylecraze

Heels jenis ini untuk gadis-gadis yang tak selesa berjalan dengan kasut tumit setinggi 6 inci seperti stilettos kerana tidak selesa. Meskipun tinggi, kamu akan selesa memakainya kerana tumitnya penuh dan dapat menyeimbangkan badan kamu. Kasut ini sesuai dipakai dengan apa-apa sahaja jenis busana.

 

  1. Stilettos

Types Of Heels - Stilettos

FOTO: Stylecraze

Ibu segala kasut tumit tinggi. Biasanya tumit stilettos berketinggian 4 hingga 6 inci, bertutup di bahagian hadapan dan terdapat dalam bermacam-macam jenis rekaaan. Stilettos kelihatan tak selesa dipakai, tetapi sekali kamu menyarungkannya di kaki, percayalah, kamu tidak akan mahu menanggalkannya.

 

  1. Platform heels

Types Of Heels - Platform Heels

FOTO: Stylecraze

Banyak orang terkeliru dengan menganggap platform heels sebagai wedges. Bezanya, berbanding wedges, tumit platform heels tidak penuh tetapi tebal, dempak di bahagian hadapan dan membuatkan si pemakai selesa ketika memakainya.

 

  1. Cut out heels

Types Of Heels - Cut Out Heels

FOTO: Stylecraze

Cut out heels juga pilihan kasut tumit tinggi yang semakin popular sekarang. Corak pada cut out heels akan menyerlahkan sisi bergaya si pemakai. Oleh sebab coraknya dibentuk secara cut out, memakainya membuat kamu nampak kemas dan ranggi dalam masa yang sama.

 

  1. Pumps

Pumps sekali pandang sama seperti stiletto, cuma heels jenis ini tidak setinggi stiletto. Selalunya tinggi tumitnya hanya sekitar 3 hingga 4 inci. Sesuai dipakai secara harian sama ada ke tempat kerja atau bersantai bersama kawan-kawan dan keluarga.

 

  1. Kitten heels

Types Of Heels - Kitten Heels

Jika kamu tidak sukakan kasut dengan tumit yang terlalu tinggi, maka kitten heels pilihan terbaik. Kasut jenis ini juga tidak tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal juga, menjadikannya selesa untuk dipakai. Sesuai dipadankan dengan denim atau seluar panjang.

 

 

Sumber: Stylecraze

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my