D-Life

Hello ‘backpackers’! Ini senarai hostel terbaik dunia untuk pengembara

Oleh  | 

BAGI seorang traveller sejati, kembara bukanlah masudnya duduk di hotel mahal-mahal dan pergi ke tempat-tempat yang dicadangkan tour guide.

Travel bukan sekadar untuk ambil gambar dan muat naik  di laman Instagram supaya boleh mendapat ribuan likes dengan sekelip mata.

Menjadi seorang traveller tidak semestinya harus bercuti dengan gaya yang mewah. Cukuplah sekadar untuk melihat dunia dan menambah pengalaman.

Sebab itulah wujudnya term backpack traveller, iaitu merujuk kepada pengembara yang melancong dengan bajet yang terhad.

Bagi memastikan kita dapat  travel dengan bajet yang sebegitu, maka tidak hairanlah jika banyak yang menyediakan hostel untuk traveller yang harganya jauh lebih murah berbanding tinggal di hotel.

Baru-baru ini portal penempahan hostel yang dipanggil Hostelworld telah menyenaraikan beberapa hostel terbaik di dunia  dalam Costumor Annual Ratings (HOSCARs).

Penilaian  dilakukan terhadap 1 juta tetamu yang menginap di hostel berkenaan selain mengambil kira faktor lain seperti harga, lokasi, staf, kebersihan dan kemudahan yang disediakan.

Berikut adalah senarai hostel terbaik dunia yang boleh korang kunjungikalau mengembara ke luar negara.

  1. Hostel dengan Lokasi Terbaik Adventure Queenstown Hostel, Queenstown, Selandia Baru
  2. Hostel dengan Staf Terbaik Stay Hostel, Rhodes, Yunani
  3. Hostel dengan Suasana Terbaik Terre Backpackers, Cinque Terre, Italia
  4. Hostel dengan Harga Sesuai Fasilitas Dalat Friendly Fun, Da Lat, Vietnam
  5.  Hostel dengan Fasilitas Terbaik The Roadhouse Prague, Praha, Republik Ceko

Bila dah cut bajet dekat tempat tinggal, bolehlah kita belanjakan sejumlah wang yang banyak untuk merasai makanan di tempat yang ingin kita kunjungi itu.

Jangan lupa untuk ambil gambar bagi tujuan simpanan peribadi. Gambar yang korang kumpul itu, bolehlah simpan di dalam photobook untuk rujukan di hari mendatang.

Dah alang-alang tengah promosi dekat Superdeals tu, baik korang grab cepat!

Okeylah, team Dhia nak ucapkan selamat mengembara dan take care tau!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my