Dhia Glam

Hello bakal pengantin, sebelum nak ‘make up’, pastikan korang…

Oleh  | 

BERCAKAP tentang resepsi majlis perkahwinan, mulalah para gadis akan terbayang majlis idaman ala-ala dalam cerita dongeng waktu kecil dulu.

Semua mestilah nak nampak on point dari makanan, hiasan, pelamin termasuklah make up kan!

Ha, so bride-to-be dekat luar sana, meh sini Dhia nak story persedian sebelum nak mulakan sesi make up agar korang tak lah kalut.

Letak setempat

Sebelum apa-apa, pastikan tudung, selendang, veil, aksesori, kasut dan baju persandingan disiapkan terlebih dahulu di dalam bilik make up.

Jadi, ia akan menjimatkan masa korang. Tak adalah pagi itu baru nak cari barang tu semua lepas tu korang sendiri pun tak tahu barang tu dah simpan entah di mana. Ye kan?

Sama juga dengan corset, anak tudung, kerongsang dan peniti. Pastikan korang siapkan awal-awal di satu tempat.

Sediakan kerusi bersandar yang boleh memberikan kedudukan badan yang selesa kepada korang sepanjang disolek.

Jangan duduk rendah sangat

Jangan duduk di atas sofa sebab kedudukan yang rendah akan menyukarkan jurusolek. Ini  kerana mereka harus berdiri berjam-jam dan memberikan rasa tidak selesa kepada jurusolek. Kesian, lenguh pinggang MUA kita tu nanti.

Pakai baju berbutang di depan

Untuk pakaian semasa disolek. Apa kata korang pakai baju yang berbutang di depan agar ia mudah dibuka dan tidak merosakkan make up.

Bukan kerja MUA sediakan contact lens kau

Kalau ada pengantin yang nak pakai contact lens. Sila rendam lens itu dan pakai siap-siap sebelum jurusolek sampai. Jurusolek hanya akan menyolek, bukan menyediakan air rendaman untuk contact lens korang tu.

Makan dulu

Sila makan dahulu sebelum jurusolek sampai. Jadi, tak adalah bila jurusolek sampai korang baru lah terhegeh-hegeh nak makan. Kesian dia kena tunggu sampai korang habis makan tau. Seeloknya kalau nak makan juga ajak mereka sekali. Tak adalah melangut tunggu korang.

Ramai-ramai nak buat apa?

Jurusolek pun memerlukan ruang dan fokus kalau nak solek pengantin. Jadi, janganlah semua kaum kerabat dan dayang-dayang korang memenuhkan bilik tu. Itu belum lagi yang ajak pengantin berborak kosong. Cukuplah satu atau dua orang sahaja menemani korang dalam bilik solek okey?

Make up please

Yang terakhir dan paling penting ialah berikan telefon kepada orang yang paling korang percaya. Jadi, biar dia yang angkat segala macam call dari jurugambar, orang tukang buat kek, tetamu yang salah jalan. Bukan apa, pengantin sepatutnya tak banyak bergerak waktu proses solekan.

Pesan dekat kawan-kawan korang, waktu tengah make up tak payah nak salam dan peluk-peluk bagai. Kalau nak buat itu semua, sila la berpeluk selepas make up siap.

Ha, jadi kalau dah baca artikel ni. Maka, silalah share dekat kawan-kawan korang di luar sana yang bakal berkahwin tak lama lagi tu. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan-Nya.

Sumber: Makeup Murah Mua Melaka

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my