D-Life

‘Hello’ dunia, jom nikmati keindahan dari angkasa Putrajaya bersama belon udara panas!

Oleh  | 

CUBA korang pejamkan mata selama beberapa saat. Bayangkan bila korang buka mata, korang berada di atas awan. Bukan itu sahaja, korang dapat menikmati pemandangan matahari terbit dan keindahan bangunan Putrajaya. Lepas itu pula ada burung-burung melintas di hadapan korang, oh cantiknya!

Itu semua bukan mimpi lagi! Baru-baru ini team Dhia iaitu Fieyna telah berkesempatan untuk menaiki Hot Air Balloon. Meh dengar cerita bila Fieyna takluk Putrajaya dengan belon udara panas!

Kalau korang nak tahu, Fieyna ni seorang yang gayat pada ketinggian. Tapi sebab nak kongsikan pengalaman dengan korang semua, Fieyna pun gigihkan juga kaki melangkah naik belon udara panas ni.

via GIPHY

Kalau korang nak tahu, belon biru dan merah jambu yang Fieyna naik ini mampu untuk membawa korang setinggi 400 meter dari paras laut.

Dengan ketinggian seperti itu korang dapat melihat keseluruhan Putrajaya. Bolehlah korang menikmati keindahan langit dan awan sehingga terlupa masalah korang dekat pejabat tu!

Bukan itu sahaja, untuk mengekalkan ketinggian belon tersebut, api dipasang dan haba akan dilepaskan setiap empat kali dalam tempoh seminit.

Keadaan atas belon tu sebenarnya agak panas tau. Jadi korang dinasihati untuk pakai baju yang bersesuaian macam sport attire dan minum air yang secukupnya. Tak payahlah make up tebal sangat sebab nanti cair pula.

Macam mana pula keadaan belon udara ini nak mendarat? Ha, lepas 50 minit di atas angkasa Putrajaya, tibalah giliran untuk belon udara Fieyna mendarat di tanah.

Kalau korang nak tahu, pilot yang bawa belon ni akan ikut arah angin untuk pastikan belon yang dinaiki tidak mendarat di tempat berbahaya seperti rumah orang atau dalam tasik. Tak fasal-fasal korang kena berenang pula nanti.

Fieyna cerita, haritu dia hampir-hampir nak landing dekat kelapa sawit. Tapi berkat pilot yang mahir mengendalikan belon udara panas, mereka akhirnya mendarat di kawasan pembinaan yang lapang. Ini bagi memudahkan petugas untuk mengeluarkan penumpang, dan menutup semula belon udara panas tersebut. Ha! tak mudah seperti yang disangka tau!

Setelah beberapa minit menunggu petugas atau rescue datang menyelamatkan mereka, akhirnya mereka selamat keluar dari kawasan pembinaan itu. Kalau korang tak tahu agaknya kat mana tempat belon udara panas korang landing. Boleh juga korang pakai jam yang siap ada GPS.

Apapun, korang boleh tengok full video Fieyna itu untuk dapat lebih feel. Terima kasih Hot Air Balloon sebab terbangkan Fieyna dan bolehlah dia berkongsi cerita dengan pembaca Dhia semua.

Jadi, korang jangan ketinggalan untuk merasai sendiri pengalaman menaiki belon udara panas ini sebab ia adalah program wajib setiap tahun di Putrajaya. Bukan apa, bolehlah cerita dekat anak cucu cicit nanti kalau korang dah tua kan?  Ok la, sis nak usha dekat mana lagi tempat kita boleh naik belon udara panas ni.

“Istanbul aku datang~” Hiks.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my