Be-You-Ty

Ini ‘trick’ solekan untuk gadis berdahi luas!

Oleh  | 

MEMANG tidak dinafikan ada sebilangan orang memiliki dahi yang luas berbanding orang lain. Kalau kamu salah seorang daripadanya, tip ini memang untuk kamu!

via GIPHY

Buat kamu yang ingin menampakkan kelainan pada wajah, ada beberapa perkara yang kamu boleh lakukan hanya dengan beberapa solekan untuk  menampakkan ilusi dahi kamu tidak terlalu lebar.

Mari kita ketahui helah ini dengan hanya lima langkah mudah untuk mendapatkan  dahi dengan efek lebih kecil.

 

Lukis kening

Kening sangat memainkan peranan penting dalam menentukan keseluruhan bentuk wajah. Melukis kening menggunakan pensel dapat memberikan kamu ilusi dahi yang kecil. Menggambarkan bentuk yang betul dapat menggurangkan jarak antara kening dan anak rambut.

 

Mata

FOTO: Unsplash

Jangan tidak tahu, kawasan mata juga perlu kamu ambil perhatian untuk memberikan kamu efek yang lebih menarik. Sebagai contoh, jika kamu membuat solekan mata dengan gaya smokey eyes iaitu menggunakan maskara warna gelap, ia akan menampakkan dahi kamu lebih kecil. Untuk melengkapkan gaya, kamu tambah sedikit dengan pilihan pembayang mata yang bold beserta eyeliner.

 

Bibir

FOTO: Unsplash

Jika kamu memiliki wajah yang polos dan pucat, maka orang akan mengalihkan perhatiannya kepada dahi kamu. Maka, sewaktu menyolekkan wajah, kamu harus mempunyai satu pusat yang akan mengarahkan perhatian orang dengan wajah kamu. Kamu boleh memilih gincu gelap atau merah untuk menarik fokus orang daripada dahi kamu.

 

Bedak asas

via GIPHY

Ha, jika selama ini kamu beranggapan bedak asas hanyalah perkara kecil dalam menentukan solekan wajah, kamu tersilap. Hal ini demikian kerana bedak asas yang sedikit gelap dapat memberikan kamu efek dahi yang lebih kecil. Teknik contouring juga dapat memberikan kamu efek wajah lebih runcing daripada biasa.

 

Highlighter

Seterusnya, apa yang kamu perlukan ialah bronzer. Pilih warna yang lebih gelap daripada bedak asas kamu dan sapukan pada bahagian sekitar rambut. Kemudian, untuk sentuhan terakhir, kamu sapukan pula highlighter pada bahagian tengah dahi.

And you are ready to go, girl!  

 

 

Sumber: Kompas.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my