Dhia Glam

Hello girls, jom intai-intai trend terkini untuk tahun 2019!

Oleh  | 

SEDAR tak sedar dah masuk tahun baru kan. Mulalah kita terfikir-fikir sisi transformasi diri sendiri. Ia termasuklah jangkaan trend dunia fesyen yang bakal menjadi pilihan orang ramai untuk tahun ini.

Ada yang menjangkakan tahun 2019 akan mengangkat tema Singularity yang mengandungi beberapa elemen seperti exuberant, neo medieval, svarga dan cortex.

Atau kata lainnya, untuk tahun 2019, dunia dijangka bakal bermain dengan banyak warna seperti merah jambu, hijau dan kuning. Tidak ketinggalan warna neon dengan warna yang begitu menyerlah dan menonjol.

FOTO: Her World Indonesia

Oren mungkin menjadi pilihan semua untuk tahun ini. Ia menggambarkan optimis. Apalagi jika dipadankan  dengan warna seperti olive green atau midnight blue. Wow!

Selain itu, antara trend yang menjadi tumpuan juga boleh jadi polkadot, kotak hitam putih atau wajah kartun yang comel juga antara yang diperkatakan sebagai trend untuk 2019.

FOTO: Zara

Namun ada juga yang berpendapat fesyen ala-ala neo medieval turut mendapat tempat dalam kalangan pemerhati fesyen.

Ia termasuklah sentuhan urban yang digandingkan bersama-sama dalam bentuk basic dan klasik. Ia boleh dipadankan dengan blazer atau jaket sentuhan sederhana.

FOTO: Zara

So, korang pula macam mana?

Nampaknya baju raya tahun 2019 banyaklah warna neon kan? Hiks.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my