D-Life

Hello girls, nak mata cantik dan sihat? Ikuti tips ini!

Oleh  | 

Mata merupakan salah satu daripada 5 indera penting di tubuh kita. Tanpa mata kita tak dapat melihat keindahan dunia dan wajah-wajah orang tersayang. Untuk memastikan mata kita sentiasa sihat walaupun umur kita semakin meningkat, Dhia nak share dengan korang cara-cara untuk mengekalkan mata yang sihat dan bersinar. Jom kita go through cara-caranya kat bawah ni.

1. Makan makanan yang boleh menyihatkan mata

Untuk mengelakkan penyakit mata yang boleh membawa risiko buta, mata memerlukan vitamin dan zat tambahan seperti berikut Vitamin A, Beta-carotene, Vitamin B kompleks, Vitamin C, D dan E, Lutein, Zeaxanthin, Antioksidan dan Asid lemak Omega-3. Jadi, make sure apa yang korang makan tu mengandungi kandungan-kandungan ini okey.

2. Elakkan memakai contact lens lebih dari 10 jam

Beware if korang pakai contact lens terlalu lama, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan mata kita dan kerosakan mata secara kekal. Pakai cermin mata terlalu lama pun tak elok sebenarnya. Mata kita juga perlukan rehat. Jadi, kasihanilah mata korang tu.

3. Selalu pakai kaca mata hitam yang mempunyai UV protection

Gunakan lens yang mempunyai polarized. Cermin mata hitam yang mempunyai UV protection sangatlah diperlukan untuk melindungi mata korang daripada terkena cahaya secara direct.

4. Kurangkan penggunaan eyedrop

Gunakan eyedrop apabila perlu sahaja dan tidak boleh lebih daripada dua titis setiap kali menggunakannya. Jika berlebihan, ianya boleh merosakkan kesihatan mata korang!

5. Jangan membaca dalam keadaan yang gelap

Untuk menjaga kesihatan mata, jangan membaca dalam keadaan gelap kerana ia akan menyebabkan ketegangan kepada mata kita. Jika mata sudah mula rasa berat dan letih, berhenti dan rehat sebentar dari membaca.

6. Jangan duduk terlalu lama di hadapan komputer

Cuba untuk tidak terlalu lama berada di hadapan komputer. Kebanyakan masa korang pasti akan dipenuhi dengan aktiviti seperti study, berkerja, scroll laman sosial ataupun bermain game. No! No! No! Ini memang tak bagus sebab boleh menyebabkan mata korang bekerja 24 jam! Kalau perlu, sekali sekala cuba rehatkan mata dengan memejamkan mata dalam 10-30 saat kemudian sambung semula kerja korang tu. Jangan terlalu paksa mata tu!

Inilah 6 tips untuk korang kekalkan kesihatan mata korang. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat. Jaga mata kita sebaiknya kerana dengan mata lah kita dapat lihat setiap keindahan yang ada dekat dunia ni. So appreciate mata korang dengan menjaga sebaik mungkin okay?

1 Comment

  1. Kazim

    21 February 2019 at 10:14 pm

    Nice laa editor, untuk lelaki takde ke?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my