D-Life

‘Hello, it’s Saturday!’ Ini masanya lakukan perubahan bilik tidur korang

Oleh  | 

MASA kecil-kecil dahulu, pernah tak korang teringin untuk miliki bilik tidur sendiri yang mengikut cita rasa korang? Tapi impian tu tak tercapai sebab korang perlu berkongsi bilik tidur dengan adik-beradik yang lain atau korang sendiri tak tahu macam mana nak dekorasi sebab kos terlalu mahal.

Jangan sedih dan jangan risau, sebenarnya korang tak perlu pun habis beratus-ratus untuk buat dekorasi sepenuhnya. Kalau korang buat perubahan sikit pun dah cukup memadai. Sekarang kan dah banyak hiasan Do-It-Yourself (DIY) murah-murah yang boleh korang dapat. Kena pandai ikut trend dan up-to-date lah!

So girls, di sini team Dhia ada beberapa tricks berguna untuk korang lakukan perubahan dalam bilik tidur korang supaya tampak fresh dan trendy.

  1. Tukar kepada warna pastel

Kalau korang nak tahu, warna pastel ni mampu membuatkan bilik tidur korang nampak lebih luas dan bersih. Kepada korang yang ada bilik yang sempit memang sesuai sangat untuk guna warna-warna pastel ni. Tapi ingat, bukan mengecat di semua dinding bilik korang tau. Hanya di beberapa sudut, biasanya di bahagian kepala katil.

  1. Tukar kedudukan katil

Haa, untuk kedudukan katil korang boleh tentukan mengikut kesesuaian bentuk dan keluasan bilik korang. Biasa korang tengok kedudukan katil mesti bersandar di dinding kan? Sebenarnya tak perlu pun. Sekali sekala cuba korang letakkan katil tu di tengah-tengah bilik korang. Confirm nampak perubahan yang ketara.

  1. Minimalkan perabot dan perhiasan

Selain katil, almari pakaian dan meja kecil adalah perabot yang diperlukan dalam bilik tidur. Untuk bilik yang kecil, tiga perabot ini adalah wajib dan selebihnya korang boleh fikir-fikirkan untuk pindah ke tempat lain. Kepada korang si ulat buku, Dhia sarankan korang guna rak dinding je. Yang suka guna hiasan frame gambar pula, boleh cuba gantung gambar polaroid pula lepas ni. Jimat space okey!

  1. Guna cermin dinding yang besar

Cermin pun sebenarnya sangat membantu dalam memastikan bilik tidur korang nampak lebih luas. Lebih-lebih lagi cermin dinding IKEA yang tengah in sekarang. Bukan sahaja memberi ilusi luas malah memberi kepuasan masa tengah bersiap sebab boleh tengok from head to toe.

  1. Pilih cadar bercorak abstrak atau plain

Memilih cadar yang tepat sangat penting jika mahukan perubahan suasana dalam bilik tidur. Jika korang masih menggunakan cadar bercorak cartoon atau berwarna-warni, sudah tiba masanya untuk beralih kepada corak abstrak atau plain. Kedua corak ini boleh buat bilik korang tampak fresh, matang dan lebih eksklusif!

Jadi, tunggu apa lagi. Daripada korang habiskan masa atas katil, baik korang mula dekorasi bilik tidur korang. Keluar juga peluh tu. Selamat mencuba!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my