SuperDeals

Hentikan stereotaip ini terhadap artis korea!

Oleh  | 

KPOP sememangnya mempunyai auranya tersendiri sehingga legasi kpop di Malaysia masih mampu bertahan sehingga ke hari ini. Walaupun muzik dan auranya masih diterima di Malaysia, namun ada juga yang kurang berminat kepada artis-artis Korea ini sehingga boleh menimbulkan beberapa streotaip tentang artis-artis Korea. Artis Kpop pun tidak terkecuali daripada terkena stereotaip tau. Korang nak tahu tak streotaip apa yang sering diberikan kepada artis Kpop ni? Check this out! 

Semua artis kpop lakukan plastic surgery

Image result for park bom 2ne1 plastic surgery

Foto: Korea Press

Negara Korea sememangnya terkenal sebagai negara yang memiliki jumlah manusia yang ramai melakukan pembedahan plastik. Kebanyakkan golongan artis disana melakukan pembedahan plastik pada wajah mereka. No wonder lah mereka semua boleh jadi cantik dan kacak kan. Tetapi, tidak semua artis di sana membuat pembedahan plastik pada wajah mereka. Ada juga sesetengah artis yang memang mempunyai kecantikan secara semulajadi. So korang tak boleh kata semua artis Korea melakukan pembedahan plastik pada wajah mereka tau. Oleh kerana sering dituduh melakukan pembedahan plastik, artis-artis Korea diminta untuk menunjukkan gambar mereka sewaktu kecil kepada peminat supaya  peminat mereka boleh membuat perbandingan terhadap wajah mereka.

Artis Korea cuma tahu lipsync sahaja

Sebenarnya setiap kali mereka melakukan persembahan di music show, pihak produksi akan memasang lagu yang mempunyai suara sebagai langkah berajaga-jaga semasa mereka melakukan persembahan. Yelah, mereka kan perlu menyanyi sambil menari. Mestilah merekan akan penat kan. Akibat sudah muak digelar sebagai  penyanyi lipsync,  kebanyakan artis penyanyi Korea  akan menyanyi dengan kuat supaya dapat melawan background music. Jadi, tidak semua artis kpop tak pandai menyanyi tau.

Artis lelaki kpop kebanyakannya adalah gay

Image result for korean band

Foto: Korea Press

Gara-gara memiliki wajah yang jambu ataupun babyface, artis-artis lelaki Korea seringkali digelar sebagai gay lebih-lebih lagi mereka suka bersolek secara berlebihan ketika keluar di televisyen ataupun ketika melakukan persembahan. Tetapi sebenarnya, hal ini bukanlah satu perkara yang pelik disana. Artis lelaki Korea sememangnya suka bersolek dan ini bukan bermakna mereka seorang gay. Ish,ish jauh betul streotaip korang dekat orang Korea ye.

Jadi, ini merupakan streotaip-streotaip yang seringkali diberikan kepada artis kpop. Sebenarnya mereka pun sama seperti kita juga. Oleh kerana mereka merupakan golongan selebriti, tidak bermakna mereka tergolong dalam stereotaip-streotaip yang sis nyatakan  di atas. Kita pun tidak boleh lah terlalu judgemental kan?

Takpe, apa yang penting muzik dan aura yang mereka berikan masih diterima di negara kita. Haa bercakap tentang Korea, sis ada berita baik untuk korang yang meminati makanan Korea. Dengarnya mereka ada buat promosi khas pada weekdays untuk makan tengahari dengan harga RM35 sahaja untuk seorang. Murah gila kan? Cepat grab peluang ini di Suprdeals sekarang dan makanlah dengan sepuasnya! Nyums!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my