D-Life

Hey, freshie! Ni ha senior UM bergabung bagi tips masuk kampus

Oleh  | 

Orait bila hujung bulan Ogos nak masuk September ni, bermulalah sesi di mana kawan-kawan kita akan mula memasuki fasa orentasi sebagai seorang mahasiswa. Ha, debar ke tidak?

Korang dah boleh membayangkan kehidupan sebagai seorang pelajar di universiti. Pergi kelas tanpa perlu pakai baju seragam. Assignment kelas, buat kerja berkumpulan, jumpa kawan baru dan kalau korang bernasib baik mungkin korang boleh jumpa jodoh waktu zaman kampus ni.

via GIPHY

Ha, mesti korang tengah cuak bercampur excited nak masuk zaman kampus. Menerusi twitter Twt_UM, mereka ada mengumpulkan beberapa tips kepada junior yang bakal bergelar mahasiswan Universiti Malaya. Jom kita baca sikit apakah antara tips yang diberikan senior UM ni!

Jangan duduk bilik sahaja!

Dekat kampus nanti janganlah asyik pergi dan balik kelas sahaja. Korang pun kenalah cuba benda yang boleh meningkatkan kualiti diri.

Study smart!

Ha, nak belajar pun ada teknik juga tau. Barulah tak stress.

Enjoy life!

Ada macam-macam yang akan terjadi di zaman kampus ni nanti tau. Ada naik turun dan cabaran yang bakal korang lalui sehinggalah korang menerima ijazah nanti. Sis rasa ini ialah nasihat yang paling mustahak dan semua orang kena pertimbangkan.

Alrite, apapun, selamat menikmati masa muda!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my