Be-You-Ty

‘Hey girls!’ Ini tip ‘make-up’ si hitam manis oleh Intan Kaharuddin!

Oleh  | 

JANGAN dengar mana-mana mulut lahar yang cakap korang berkulit hitam manis ni tak cantik. Choi! Sebenarnya korang pun boleh tampil berseri dan tak kurang cantiknya juga!

Sekarang, ada banyak make up yang sesuai untuk korang yang deep skin ini. Hanya dengan cara solekan yang betul memang boleh membuatkan korang tampil indah bak bidadari.

Jom kita dengar nasihat daripada jurusolek paling friendly pernah kami jumpa iaitu Intan Kaharuddin!

Pelembap

via GIPHY

Sebelum apa-apa. Korang kena ingat yang pelembap sangat penting! Kalau korang nak make up cantik. Base kena cantik. Kalau base korang hauk, apa pun tak jadi. Benda-benda lain cuma extra sahaja.

Foundation

via GIPHY

Pastikan bedak asas korang betul-betul kena dengan warna kulit. Jangan terlalu cerah atau jangan terlalu gelap. Kalau salah tone warna, takut muka korang jadi kelabu pula!

Warna make up

via GIPHY

Untuk solekan, pilihlah warna-warna earth tone. Contohnya macam dark chocolate, gold, dan bronze. Ia memang sangat sesuai dengan korang!

Gincu

Korang boleh try warna nude. Kalau bedasarkan ANAS Cosmetics, korang sesuai dengan warna macam Aisya, Latifa, Chanela. Itu memang cantik dengan kulit deep skin.

FOTO: anasism

Tapi apapun, walaupun korang dah make up. Kecantikan yang sejati tetap pada attitude korang. Bila attitude cantik, korang pun automatik jadi cantik.

Barulah perfect! Cantik luar cantik dalam cantik dengar sini… Betul tak?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my