Be-You-Ty

Hey hijabista, korang mesti pernah lalui perkara-perkara ini bukan?

Oleh  | 

MEMAKAI tudung ataupun hijab sememang merupakan satu tuntutan untuk wanita muslim. Bercerita tentang hijab, Dhia yakin mesti korang yang memakai hijab ni akan melalui perkara-perkara yang melibatkan kepala dan rambut korang.

Tapi jangan jadikan ini alasan untuk korang buka hijab pula. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiananya kan? Kali ini Dhia nak share pada korang perkara-perkara yang sering dialami oleh wanita yang berhijab. Check it out! 

Rambut ‘melepek’

Wanita yang memakai hijab mesti akan boleh related dengan masalah ini kan? Selepas seharian mengenakan hijab, pasti rambut kita akan menjadi ‘lepek’ dan tidak terurus. Tapi jangan risau. Korang boleh atasi masalah ini dengan menggunakan shampoo yang bersesuaian. Lebih-lebih lagi ketika ini ada shampoo khas yang dicipta untuk wanita yang berhijab.

Gatal dan berminyak

Ini memang menjadi kebiasaan kepada mereka yang memakai hijab. Akibat menutup kepala dalam tempoh yang lama, kulit kepala kita akan menjadi gatal dan berminyak. Ha! Bila dah jadi macam ni, korang boleh buat masker untuk rambut dengan menggunakan bahan semula jadi je tau. Ada yang menggunakan madu, dan ada juga yang menggunakan yogurt dan oat. Lakukan sebanyak 2 kali seminggu untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

Rambut gugur

Rambut gugur dan wanita memang tidak boleh dipisahkan. Mengikut kajian. 9 daripada 10 wanita yang berhijab akan mengalami keguguran rambut. Kadang-kadang kita terpaksa potong rambut untuk mengatasi masalah ini. Haih sayangnya…

Sebenarnya korang cuma kena bijak untuk pilih shampoo khas untuk rambut gugur. Tapi menggunakan shampoo sahaja tidak memadai ye girls. Korang perlu sertakan sekali conditioner dan serum rambut untuk dapatkan hasil yang korang inginkan.

Kelemumur

Kelemumur akan berlaku akibat ketika kulit kepala kita dalam keadaan yang lembap. So untuk korang yang memakai hijab tu pastikan korang keringkan rambut terlebih dahulu sebelum memakai hijab ye. Kalau tidak, masalah kelemumur akan berlaku secara kerap tau.

Rambut rosak

Tahu tak sebenarnya cara pemakanan menjadi salah satu faktor rambut kita lebih rosak? Kurang minum air dan makan buah-buahan merupakan penyebab rambut korang mudah rosak dan rapuh. So lepas ni perbanyakkan makan makanan-makanan yang berkhasiat okay? 

Korang tak boleh ambil mudah tentang penjagaan rambut walaupun korang memakan hijab tau. Kalau ketika ini pun kita sudah mengalami masalah rambut, bagaimana keadaan rambut kita bila dah tua nanti? Selamatkan rambut korang sekarang sebelum terlambat ya!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my