Be-You-Ty

Hilangkan perut buncit dengan 5 makanan ini

Oleh  | 

MEMPUNYAI perut yang rata dan ideal merupakan impian bagi semua wanita terutama sekali mereka yang memiliki perut buncit. Perut buncit boleh menjatuhkan keyakinan diri seseorang tau.

Bukan itu saja, perut buncit boleh mengakibatkan penyakit seperti hati berlemak, diabetes dan darah tinggi.

Jadi, apa kata korang amalkan 5 makanan yang boleh membantu mengecilkan perut tu.

via GIPHY

Avokado

Buah avokado mengandungi serat yang boleh membantu korang rasa kenyang dengan lama. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi amino acid yang berfungsi untuk mengawal berat badan kita.

Nanas

Buah nanas mengandungi bromelain yang berfungsi sebagai anti-radang dan mempunyai bakteria yang boleh melawan cirit-birit. Buah ini sangat baik untuk menyembuhkan gangguan usus.  Bila perut korang sihat, perut korang mudah untuk mengecil kerana bebas daripada perut kembung.

Tembikai

Mengandungi 91% air yang dapat membantu anda merasa kenyang lebih cepat dan korang tidak perlu makan makanan yang mempunyai banyak kalori. Bukan itu sahaja, lemak yang berada di perut juga boleh berkurangan kerana ia mengandungi banyak vitamin dan bahan-bahan yang bersesuaian dengan diet  yang sihat.

Epal

Ia digalakkan untuk korang makan sebanyak tiga biji sehari kerana dapat mengurangkan berat badan korang. Tambahan pula, korang dapat mengurang risiko penyakit kolon!

Timun

Timun mengandungi kalori yang rendah dan dapat membantu membersihkan badan kita daripada racun yang merbahaya. Bukan itu sahaja, serat dan vitamin yang baik untuk berfungsi merawat sistem pencernaan.

Yang pasti korang kena la konsisten okay! Amalkan sehingga korang mendapatkan hasil yang diinginkan. Mudah je nak mengecilkan perut korang tu.

Selamat mencuba!

Nak tambah barang-barang make up tapi malas nak bersesak di shopping mall? Apa kata korang download apps Sephora dan gunakan code ONLINE10. Nikmati diskaun 10%  pada pembelian pertama anda. Jadi apa tunggu lagi.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my