D-Life

Hindari sikap ini di hari raya supaya tidak dilabel ‘diva’ di kampung

Oleh  | 

PULANG ke kampung di hari raya menjadi satu agenda wajib dilakukan oleh semua orang yang tinggal di bandar. Selalunya sebilangan orang bandar yang datang ke kampung akan mempunyai attitude yang agak diva dengan mempamerkan kemewahan mereka dan memandang rendah kepada mereka yang tinggal di kampung. Ish ish tak baik tau bersikap macam tu.

Kita balik kampung untuk mengeratkan silaturahim betul tak? Kalau boleh elakkan diri korang daripada melakukan perkara yang Dhia senaraikan ini supaya korang tidak dilabel diva dalam pada masa yang sama kita perlu lah saling menghormati antara satu sama lain kan?

Sewaktu pulang ke kampung, jangan sesekali korang berniat untuk menayang kemewahan seperti kenderaan, pakaian, gajet dan sebagainya. Kadang-kadang, sebilangan orang di bandar akan menjadikan kampung sebagai tempat mereka mempamerkan kemewahan mereka. Lepas tu nak bersaing siapa lebih kaya, siapa lebih berjaya. Apa salahnya kita merendah diri girls.

Selain itu, bila dah pulang ke kampung, jangan pula korang jadi seperti kera sumbang. Belajar untuk bergaul dengan orang ramai. Jangan hanya kerana pangkat dan kekayaan korang melebihi orang lain, korang ada sifat riak. Kampunglah tempat kita berkumpul untuk mengeratkan silaturahim. Buat apa kalau balik kampung tetapi memencilkan diri dan main phone je. Tak berkenan orang tua tengok tau.

Jangan sesekali merendahkan orang yang tinggal di kampung. Buang mindset seperti itu dalam fikiran korang. Sepatutnya kita perlu rasa bersyukur kerana kehidupan kita lebih daripada orang lain tetapi janganlah dengan cara merendahkan kehidupan orang lain. Come on, kita dah besar panjang kan? Banyak lagi perkara bermanfaat kita boleh fikir daripada perkara-perkara remeh seperti ini.

Lastly, budi bahasa budaya kita. Bila pulang ke kampung, korang jaga lah adab korang dengan sebaiknya. Sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang. Tak kena bayar pun bila perlu berbuat baik kepada orang lain.

Bukan selalu kita pulang ke kampung. Apa salahnya kita menjaga adab kita apabila berada di kampung. Kita kan orang Melayu. Orang Melayu sememangnya terkenal dengan sifat sopan santunnya. Betul tak? So jaga adab semasa berada di kampung dan enjoy raya puas-puas okay? Selamat hari raya Dhia ucapkan!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my