D-Life

Hmm… ini je pilihan yang ada kalau tak dapat tiket balik raya

Oleh  | 

HARI lebaran merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga muslim di seluruh dunia. Setelah sebulan mengharungi bulan Ramadan, inilah peluang kita untuk meraikan Aidilfitri dengan berkumpul bersama keluarga besar. Semua orang mesti tak sabar nak balik kampung kan?

Tapi biasalah, bila tiba musim perayaan ni korang memang kena bersedia dari awal bagaimana cara untuk pulang ke kampung. Bagi yang pulang ke kampung dengan menaiki pengangkutan awam, korang kena tempah tiket awal. Kalau last minute tak dapat lah sis tolong.

Rasanya sekarang ni kalau korang baru nak beli confirm-confirm lah korang akan hampa. Pergilah kaunter celah mana pun semua dah sold out. Korang sedar tak berapa ramai yang berebut nak balik raya? Bukan korang sorang je ada kampung okey. So, ini jelah pilihan yang korang ada.

1.  Alert dengan jualan tiket online 

Dhia yakin di zaman serba moden ini, semua yang inginkan boleh dapat dengan hujung jari sahaja. So, sebulan dua sebelum perayaan, korang dah kena start usha website yang menjual tiket secara online. Mungkin dalam pada masa yang sama, ada orang yang membatalkan tiket mereka. Kalau korang bernasib baik dapatlah beli tiket ETS atau tiket bas tambahan yang dibuka pada saat-saat terakhir. So korang kena lah selalu peka.

2. Cari rakan yang mempunyai destinasi pulang ke kampung yang sama 

Kalau dah tiada jalan lain untuk pulang ke kampung, apa kata korang cari rakan-rakan yang memandu kereta dan sertai mereka. Cara ini mudah lebih-lebih lagi kalau korang mempunyai destinasi yang sama. Di samping itu, korang boleh temankan rakan korang tu memandu atau memandu secara bergilir-gilir. Tapi jangan lupa tong-tong duit minyak sama-sama.

3. Balik lewat

Ini salah satu inisiatif pulang ke kampung yang agak sendu sikit. Tetapi apa boleh buat kan bila korang tak berpeluang pulang ke kampung sebelum hari raya pertama atas faktor-faktor yang tidak boleh dielakkan. Jika hendak pulang ke kampung juga, pulang lah pada Syawal kedua atau ketiga. Mungkin pada ketika itu tidak ramai orang hendak pulang ke kampung. So tak adalah korang perlu berebut lagi kan?

4. Redha

Ini jalan terakhir kalau korang tak ada rezeki untuk pulang ke kampung. Redha sahajalah beraya di bandar ye. Sekali sekala merasai pengalaman beraya di bandar apa salahnya kan? Kalau bosan sangat korang pergi lah travel semasa hari raya. Mungkin bukan idea yang menarik tetapi masa korang boleh terisi dengan melakukan perkara yang berfaedah.

So tak kisah la macam mana sekali pun korang pulang beraya, pastikan korang sentiasa alert tentang keselamatan diri okay? Lebih-lebih lagi untuk kaum wanita. Jika pulang ke kampung menaiki pengangkutan awam seorang diri, pastikan korang jaga barang peribadi korang dengan baik ye. Selamat hari raya dan hati-hati pulang ke kampung!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my