Serious?!

Hold on girls! Sekolah sihir Harry Potter kini betul-betul dibuka

Oleh  | 

MALAS betul nak pergi kelas. Kelas pula bosan je memanjang. Tak tahulah pula waktu sekolah korang dulu macam mana. Tapi ni ada benda syok yang berlaku dekat United Kingdom apabila sebuah syarikat tutor menawarkan tuisyen bertemakan Hogwarts! Yea! menjeritlah semua peminat Harry Potter seluruh dunia, kan.

Pergh! Sebenarnya ia adalah idea bagi membuatkan murid lebih bersemangat belajar seterusnya membuatkan banyak subjek membosankan kelihatan menyeronokkan. Mereka boleh menikmati pengalaman seolah-olah berada di Hogwarts.

via GIPHY

Kelas tutor ini dipanggil School Of Magic. Sekolah ini akan menawarkan beberapa tutor alternatif terutama bagi subjek matematik yang bakal diajar oleh Gringotts, fizik, kimia dan juga ramuan sihir yang diajar oleh ahli sihir di Hogwarts.

Para guru tutor ini akan berpakaian seragam ahli sihir macam dalam filem. Mereka pun boleh menyewa gaya muka sebenar watak cikgu di dalam filem terkenal tersebut.

via GIPHY

Ha, dengar pun menarik, kan? Tapi harganya pun ‘menarik’ juga. Namun mereka tak pula menyiarkan harga yuran itu secara terbuka. Mereka yang berminat akan emel kepada sekolah tersebut dan segala perincian akan dimaklumkan di dalam emel berkenaan.

via GIPHY

Sumber: Bustle

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my