Dhiaventure

Hotel di Jepun berharga 1 Dolar US Tapi…

Oleh  | 

KORANG mesti tahu kebanyakkan perkhidmatan di Jepun banyak yang pelik-pelik. Contohnya seperti perkhidmatan boyfriend sehari, perkhidmatan korek telinga dan macam-macam lagi.

Jadi di sini sis nak kongsikan satu lagi perkhidmatan hotel di Jepun. Korang boleh anggap pelik walaupun ianya menawarkan harga yang tersangat murah.

Hotel ini menawarkan sebuah bilik dengan harga $US 1 Dolar. Tapi korang kena patuhi syarat pelik. Ianya adalah setiap pergerakan di dalam hotel itu akan dirakam dan di live-stream di dalam Youtube di channel One Dollar Hotel. Kalau bab merakam ni sis memang pantang sebab ia mengganggu privasi kita. Tapi kalau korang sanggup, dan nak berjimat di Jepun boleh la cuba

Bilik yang ditawarkan juga sangat selesa walaupun agak lama, tapi ia masih mengekalkan konsep rumah Jepun. Pemilik hotel juga ada menyediakan amaran iaitu korang tak dibenarkan menanggalkan pakaian korang di dalam bilik dan kamera tersebut tidak merakam sebarang bunyi hanya pergerakan.

Hotel ini berkonsepkan backpackers hostel dan mempunyai tandas di luar bilik yang perlu  dikongsi. Jadi korang tak perlu risau sebab kamera hanya ada di dalam bilik sahaja.

Ni sis kongsikan dekat korang Youtube Channel dia yang merelakan diri dilihat sepanjang waktu sepanjang di hotel

Sumber:CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my