Serious?!

Hotel Kerobokan ini merupakan penjara yang paling teruk di Indonesia!

Oleh  | 

SEBENARNYA bukanlah sebuah hotel akan tetapi ia merupakan sebuah penjara yang penuh dengan korupsi. Dinamakan hotel mungkin juga atas disebabkan betapa teruknya layanan dan kehidupan di dalam tempat ni.

Tahap korupsi yang dikatakan terlalu teruk sehingga kan ada banduan yang mati akibat menghadapi penyakit yang kronik seperti AIDS dan sebagainya.

Yang sis paling geli adalah apabila banduan yang ditahan terpaksa memasak di dalam tandas dan bersebelahan dengan tempat membuang air besar.

Foto:AFP (2012)

Hotel ini terkenal di kalangan penjenayah dengan aktiviti menjual dadah, seks bebas dan para pengawal yang menyalahgunakan kuasa mereka.

Keadaan yang cukup teruk sehingga kan aktiviti seksual dilakukan secara terbuka di dalam hotel ini dan yang paling tidak boleh diterima adalah kanak-kanak juga membesar di suasana seperti ini.

Foto:sistersolespace.files.wordpress.com

Bukan itu sahaja, di Hotel K ini mempunyai satu sistem hukuman yang dipanggil sel tikus. Sel tikus ini merupakan satu ruang yang sempit dan hanya mempunyai sebuah tandas.

Sel ini digunakan untuk meningkatkan lagi hukuman pada para banduan yang melanggar undang-undang dan para  banduan hanya dibenarkan memakai pakaian dalam sahaja.

Di salam sel tikus ini, banduan dikurung bukan selama satu hari atau dua. Namun, sehingga berbulan-bulan dan ada yang terpaksa berkongsi ruang. Apa yang dikatakan oleh mereka setelah menjalani hukuman di sel tikus ini adalah, individu akan merasakan seperti telah dilupai oleh dunia ketika terkurung disini.

Bagi banduan yang mempunyai duit yang lebih, maka mereka akan dibenarkan untuk hidup bermewah-mewahan. Penjara ini mengamalkan sistem servis seperti hotel dimana, mereka boleh membayar untuk mendapatkan servis seperti mengemaskan bilik, menempah pelacur, mendapatkan makanan luar, membeli dadah, menaik taraf bilik dan sebagainya.

Foto:sistersolespace.files.wordpress.com

Ada sumber yang menyatakan setelah terbongkar sistem penjara ini, lebih kurang 80% para pengawal yang ditahan dan hanya 20% sahaja yang tidak menyalahgunakan kuasa dan tidak terjebak!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my