Zon

Hubungan sejenis? Miley Cyrus diceraikan Liam Hemsworth

Oleh  | 

BELUM pun memasuki setahun usia perkahwinan mereka, penyanyi Miley Cyrus dan pasangannya pelakon Liam Hemsworth mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan mereka sebagai pasangan suami isteri!

Menurut beberapa sumber portal antarabangsa, pasangan ini mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing untuk memberi fokus kepada diri sendiri dan kerjaya mereka.

Image result for miley cyrus liam split

Berita perpisahan ini tersebar secara meluas apabila Miley memuatnaik foto percutiannya di Italy bersama seorang pelakon iaitu Kaitlynn Carte. Apa yang mengejutkan, kedua-dua mereka kelihatan berpelukan mesra dan berciuman. Sebelum ini, Kaitlynn merupakan bekas tunang kepada Brony Jenner yang juga merupakan abang kepada Kendall dan Kylie Jenner.

Kita pun sudah sedia tahu yang Miley merupakan seorang biseksual. Sebelum ini, Miley juga telah membuat pengakuan bahawa walaupun dirinya berkahwin dengan seorang lelaki, naluri seksualnya terhadap wanita tidak akan hilang. Namun, suami mana yang akan terima apabila isterinya seorang biseksual. Akhinya, Liam mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya itu.

Miley dan Liam pernah bertunang dengan Liam pada tahun 2012 namun perhubungan mereka putus dan bersambung semula pada tahun 2015 dan mengambil keputusan untuk berkahwin pada peghujung tahun 2018 baru-baru ini.

Erm, suami kacak pun dicurangi guys. Macam-macam!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my