Serious?!

“Hujan dimata, lebat,” Ibu luah kesunyian tanpa anak-anak di rumah

Oleh  | 

RUMAH senyap sunyi, tiada sesiapa. Itulah antara bait ayat yang diluahkan oleh seorang ibu menerusi akaun facebook nya. Status pemilik facebook Umi Nur Norza telah mendapat perhatian daripada netizen apabila anaknya @yumnabaharuddin memuat naik screenshot status facebook ibunya di twitter dengan kapsyen yang berbunyi…

“My mom wrote this yesterday, it put tears in my eyes…overflowing at this very moment. I love you the most Ummi”

Twitter: @yumnabaharuddin

FOTO: Twitter @yumnabaharuddin

FOTO: Twitter @yumnabaharuddin

“sekali sekala umi ternampak anak-anak kecil umi sedang bergalak bergembira berlompatan di atas sofa”

“Mengatasi segala kebisingan itu sudah tentulah suara umi yang melarang itu ini. Menjerit kerisauan taktala melihat adegan yang membimbangkan. Ya, umi mengasah vokal di setiap minit,”

“Di luar rumah, ada selipar bersaiz kecil. Kebanyakannya berwarna pink. Ada pelbagai imej dan corak menghiasi selipar. Power Puff Girls tentulah paling banyak selain Teletubbies,”

Luahan ibu ini membangkitkan sebak kepada pembaca apabila dia meluahkan kerinduannya terhadap anak-anaknya sewaktu kecil. Keadaan rumah pada tahun 1999 ternyata berbeza berbanding sekarang ini apabila anak-anak sudah meningkat dewasa.

“Sesekali umi tertoleh seolah mendengar suara halus bergaduh berebut mainan,”

“Pergi keluar, basikal comel tiada. Selipar comel juga tiada,”

Tweet yang meraih retweet sebanyak 4.1k dan 3.1k likes ini juga berjaya mengundang sebak netizen  apabila membaca luahan hati seorang ibu. Yang menariknya, tweet ini juga mendapat perhatian Neelofa yang juga menjadi penyumbang kepada jumlah retweet tersebut. Kebanyakan netizen mengambil kesempatan berkongsi cerita mengenai ibu mereka menerusi ruangan komen.

FOTO: Twitter @yunabaharuddin

FOTO: Twitter @yunabaharuddin

Ternyata kasih sayang seorang ibu terlalu bernilai lebih-lebih lagi apabila seorang ibu mampu mengingati setiap kenangan secara terperinci mengenai apa yang dilaluinya ketika anak-anak masih kecil. Childhood memories sememangnya tidak akan dapat di ulang semula, cuma mampu dikenang sahaja. Tiba-tiba sebak pula uolss.

So girls, kalau korang ada masa bershopping ada masa melepak dengan kawan-kawan, apalah salahnya luangkan sedikit masa untuk menelefon ibu korang dekat rumah tu. Lebih-lebih lagi buat korang yang berjauhan dengan ibu. Sibuk mana pun korang cuba cari masa untuk bertanya khabar dengan orang yang telah bersusah payah melahirkan kita. Seorang ibu itu tidak mengharapkan lebih dari anak-anaknya. Cukuplah sekadar anak-anak dia berjaya dalam kehidupan. Hargai ibu selagi mereka masih ada okay!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my