D-Life

Ini dia 5 drama Korea yang best tengok waktu tengkujuh

Oleh  | 

SEKARANG ini memang tengah musim hujan. Jadi, tak banyak aktiviti luar rumah yang kita boleh buat, kan? Alah, tak ada hal. Tengok netflix pun dah best sambil goyang kaki dan makan biskut. Sekarang pula banyak betul drama Korea yang seronok korang boleh tengok.

Dah alang-alang musim hujan ni, meh sini sis nak bagi cadangan dekat korang cerita Korea yang temanya ala-ala hujan korang boleh tengok. Barulah romantik, melankolik,dan semestinya buat korang menangis.

Jom tengok apakah cerita yang dicadangkan!

Something in the rain

Drama ini menceritakan kisah cinta antara Yoon Jin Ah dan Seo Joon Hee. Mula-mula mereka ini kawan biasa je. Tapi lama-lama perasaan cinta mula berputihk dalam hati mereka berdua walaupun umur tak sebaya.

Twelve nights

Ini cerita tentang dua manusia yang selalu bertemu dalam perjalanan mereka ke Seoul pada tahun 2015,2018. Bukan hanya tentang kisah cinta. Drama ini pun turut menekankan bagaimana kedua-dua watak ini meraih impian mereka untuk menjadi seorang juru gambar dan penari.

Encounter

Ha, ini dia kisah cinta dari dua dunia berbeza antara seorang anak CEO hotel dan seorang pemuda biasa, Mereka ke Kuba untuk urusan perniagaan dan masing-masing berjumpa. Macam mana mereka berdua berjumpa kembali? Ha, tengoklah sendiri.

One spring night

Macam mana kalau korang jatuh cinta kepada kekasih orang lain? Adakah korang akan terus memperjuangkan cinta korang atau korang akan abaikan segalanya? Dalam cerita ini, konflik tersebut menjadi benda utama yang semestinya bakal buat korang tak bosan.

Chocolate

Cerita ala-ala kulinari macam ini pun best tau. Ia mengisahkan tentang cinta antara seorang  tukang masak dan doktor bedah saraf. Masing-masing ada trauma yang mereka lalui namun berjaya menemukan ketenangan melalui makanan yang mereka buat.

Lepas ini kalau tak tahu nak tengok drama apa waktu hujan, jangan lupa tengok yang sis cadangkan ini tau.

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my