Serious?!

Hujung minggu sendu? Ini filem tengah “in” dekat Netflix sekarang

Oleh  | 

HARI minggu semestinya hari untuk korang bermalas-malasan di rumahkan. Yela setelah penat lima hari bekerja. 

Paling syok duduk dekat rumah pakai baju tidur seharian tanpa secalit mekap dan menonton televisyen! Wah indahnya hidup ini.

Jadi sis nak suggest kat korang Netflix series yang best untuk korang tengok masa weekend nanti. Enjoy!

Elite

Drama berantai yang mempunyai dua musim ini sangat popular di Sepanyol ini mengisahkan pembunuhan misteri anak orang berada di sekolah golongan elit.

Pelbagai konflik yang melibatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan demi untuk mencari pembunuh sebenar Marina Nunier Osuna. So thrilling!

Switched

Drama Jepun enam episod ini menceritakan tentang kehidupan remaja perempuan yang bernama Umine seorang gadis yang mempunyai fizikal gempal dan selekeh yang cemburu dengan kehidupan Ayumi yang diminati dan disegani kerana rupa parasnya yang cantik.

Umine telah melakukan perkara mistik untuk menukar badannya dengan Ayumi. Kalau korang nak tahu cara mistik apa, korang kena tengok cerita ni!

13 Reasons Why

Drama bersiri yang baru sahaja kembali dengan musim ketiga ini menceritakan tentang seorang gadis yang telah membunuh diri dengan keadaan yang tragik.

Kematian Hanna Baker sangat merumitkan kerana sebelum kematiannya, Hanna telah meninggalkan petunjuk mengapa dia membunuh diri.

Dari situlah bermulanya pelbagai kisah rahsia Hanna dan rakan sekolahnya terbongkar.

Baca juga: Dah tengok semua cerita rating tinggi ini? Korang memang peminat Kdrama sejati!

The Umbrella Academy

Drama sci-fic ini mengisahkan tujuh adik-beradik angkat yang dibesarkan bersama tetapi telah berpisah dan membawa haluan masing-masing apabila mereka dewasa.

Setiap dari mereka mempunyai kelebihan kuasa mutan yang berbeza. Mereka yang telah dibesarkan oleh seorang billionaire selaku ayah dan pelatih di Umbrella Academy itu.

Setelah lama tidak berjumpa, kesemua mereka bertemu kembali di Umbrella Academy tersebut. Kalau korang nak tahu kena lah tengok!

Degrassi

Drama yang bertemakan kehidupan remaja di sekolah menengah yang terletak di salah satu bandar di Kanada ini mula disiarkan pada tahun 2001 sehingga tahun 2015.

Setiap tahun  Degrassi mengetengahkan tema dan isu yang berbeza berkaitan remaja di sekolah menengah. Kalau orang rindu kawan-kawan dan drama di sekolah menengah, jangan lupa tengok cerita ni ok!

Amacam tak sabar nak tunggu weekend kan. Jangan lupa beli makanan banyak-banyak buat stok kat rumah. Sis dah selamatkan korang dari habis duit dekat shopping mall

Selamat berhujung minggu geng!

Penulis: Gee Muhamad

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my