DhiaLova
“I need space” apa maksud lelaki cakap cam ni?!
“SAYA nak ruang,”
Mana-mana pasangan yang pernah bercinta mesti pernah mendengar banyak kali perkataan ini dilafazkan oleh kekasih korang. Biasanya kalau tengah gaduh. Adakah ia bermakna lelaki itu sudah tawar hati untuk meneruskan perhubungan dengan kita? Adakah itu petanda hubungan ini akan berakhir tak lama lagi?
Dalam perhubungan, sifat dan cara lelaki mengendalikannya adalah berbeza dengan perempuan. Opss, ini bukan nak pukul rata tau. Tapi ini adalah bedasarkan kepada kebenaran dari setiap pengalaman orang yang kebanyakkannya mengalami perkara serupa. Jadi, mari kita dengar apa kata pakar, Shelly Bullard tentang perkara ini.
Jangan panik
Sebagai perempuan, normal tau untuk kita rasa panik bila lelaki kata macam ni sebab kita ada rasa intimacy yang lebih kuat. Kita akan rasa apa kesalahan yang kita dah lakukan? Kita memang fikir macam tu tapi lelaki buat macam ni supaya dia boleh back to his sense of life. Supaya dia boleh fikir dengan logik semula.
Bila lelaki ada rasa terikat dengan kita, mereka ada keinginan kuat untuk rasa memiliki dan berdikari. Space membuatkan seorang lelaki berfikir lebih dalam untuk kembali mencintai korang. Mereka akan menghargai kalau korang beri dia ruang. Dia sendiri akan kembali kepada korang kalau dia sudah bersedia.
Lelaki akan berasa gembira bila pasangannya gembira
Lelaki akan berasa sangat puas dan gembira sekiranya mampu memberikan perempuan yang disayanginya gembira. Manakala perempuan pula suka menerima pujian daripada lelaki.
Kalau kita sebagai perempuan boleh buat semua benda dari hal merancang, menyusun atur masak, buat jadual, dan semuanya! Kita sebenarnya buat lelaki rasa tak cukup manly.
Ini kerana sifat mereka ialah menyediakan dan memberi untuk kita. Bila kita terlebih buat semua benda, lelaki akan mengundur diri. Lelaki akan rasa seronok jika boleh menjaga dan memberikan kita kebahagiaan. Manakala perempuan pula bahagia bila rasa dijaga. Jadi, bagi dia ruang untuk membantu korang.
Perempuan dengan emosi, lelaki dengan logik
Kita lebih beremosi tau. Tapi lelaki tak berapa faham sangat emosi kita. Tapi, lelaki sangat memahami logik. Jadi, kalau korang duduk dan berbincang cara nak selesaikan sesuatu perkara. Benda itu sangat membantu untuk buat mereka tenang. Jadi, apa yang kita boleh buat dengan perbezaan ini?
Kita kena hormat. Sebagai perempuan, kita kena jaga perasaan kita. Walaupun lelaki ni tak faham apa yang kita rasa, tapi ia tak bermakna diorang tak kisah. Dia nak buat kita happy, kan!
Jadi setiap kali korang rasa lelaki ni tak faham korang. Betul! Sebab mereka ni diciptakan berlainan. Selama mana kita boleh bertoleransi, maka kita akan hidup dalam cinta dan harmoni.


Komen Terkini