Dhia Glam

Idea menarik, majlis perkahwinan ala ‘Drive-Thru’

Oleh  | 

“GAMBAR itu hanyalah simbolik bagi mengingatkan orang ramai mengenai apa perlu dilakukan bagi mengelak jangkitan koronavirus baharu (Covid-19),”

RAMAI diantara kita yang bakal mendirikan rumahtangga. Akan tetapi keadaan sekarang ini tidak mengizinkan dan ada yang terpaksa membatalkan majlis perkahwinan.

Baru-baru ini, salah seorang pengusaha pakej perkahwinan, Noorsaidatull Asmah Mohamed Sidik yang telah berkongsi gambar pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan berkonsepkan drive-thru atau ‘pandu lalu’ di Facebook miliknya. Untuk pengetahuan korang, pengantin dalam gambar itu bukanlah pasangan sebenar sebaliknya mereka hanya berlakon mengikut konsep fotografi.

Jangan salah faham ye korang, sesi fotografi itu dijalankan sebelum pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ini bukan galakan untuk bakal pengantin di luar sana ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diputuskan oleh kerajaan.

Gambar yang dikongsikan itu menunjukkan pasangan pengantin menyambut ketibaan tetamu yang datang menaiki kereta dengan meletakkan tangan di dada sebagai tanda bersalaman sebelum menghulurkan makanan.

Turut dimuat naik adalah gambar tabung yang disediakan bagi memudahkan tetamu menghulurkan sumbangan.

Menurut Noorsaidatull, idea untuk melakukan sesi fotografi dengan konsep pandu lalu seperti mana diguna pakai di restoran makanan segera itu tercetus selepas melihat perkembangan situasi semasa.

Mesej yang disampaikan daripada gambar itu adalah kepentingan mengamalkan jarak sosial dan mengelak bersalaman dengan satu sama lain ketika berdepan individu sekeliling di tempat terbuka.

Tidak sah lah kan kalau tiada kecaman dari warga net, akan tetapi Noorsaidatull menerima semua pandangan dengan hati terbuka. Rata-rata perkongsian itu menyambut baik dan berminat dengan konsep berkenaan.

Contoh sebegini yang kita perlukan. Patuh dengan arahan kerajaan dan seandainya ada kelonggaran untuk mengadakan majlis perkahwinan selepas tempoh 14 hari, idea ini mungkin boleh diguna pakai sehingga wabak itu reda.

Sumber: Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my