D-Life
Macam mana nak make sure rambut korang sihat ke tak?
TAK kisahlah korang bertudung atau tak, rambut memang menjadi bnenda utama yang korang kena jaga. Siapa yang tak nak rambut cantik yang mengurai bila ditiup angin kan? Bukan itu sahaja, lepas itu wangi pula sampai orang sebelah pun gembira nak duduk sebelah kita.
Sebenarnya, rambut yang sihat ada ciri-ciri tertentu tau. Kalau korang mempunyai beberapa ciri yang sis cakapkan ini, korang boleh bergembira sebab rambut korang dalam kategori yang selamat dan sihat! Jom baca.
Berkilau
Tanda rambut korang sihat ialah ia akan berkilat secara semulajadi. Rambut korang akan memantulkan cahaya dengan baik. Gaya hidup yang tepat akan membuatkan akar rambut korang bebas daripada kerosakan
Tak mudah patah
Salah satu ciri rambut yang sihat ialah ia fleksibel dan tidak mudah patah. Untuk mendapatkan rambut seperti ini, korang kena menggunakan bahan dan shampu anti-oxidant. Sebab itu kena rajinkan diri guna conditioner.
Rambut lebih kuat
Rambut yang sihat memiliki vitamin B7. Jadi, korang memerlukan biotin yang menyamai 45 ikat bayam. Carilah syampu yang boleh beri khasiat macam ini tau.
Tak mudah kusut
Rambut kusut memang petanda rambut korang dah di tahap yang serius. Nutrisi dekat rambut korang dah semakin berkurangan. Caranya sama juga macma sis dah cakap dekat atas. Pakailah cinditioner supaya rambut nampak lebih lembut, mudah diatur dan bebas kusut.
Kalau korang tak jaga rambut, kulit kepada korang pun akan terkena jangkitan tau. Silap haribulan berkulat pula dekat kepala tu. Jadi, silalah jaga kebersihan rambut korang.Barulah rambut mahkota wanita gitu!



Komen Terkini