Serious?!

Iklan nutrisi susu pisang mengelirukan, Dr Amalina minta penjelasan Neelofa

Oleh  | 

Pakar bedar dan doktor popular Dr Amalina Che Bakri menerusi akaun Twitter rasminya meminta penjelasan Neelofa yang juga merupakan pemilik perniagaan susu pisang terhadap iklan nutrisi yang dianggap mengelirukan pengguna.

Menerusi iklan minuman jenama Nilofa itu, kononnya mereka yang minum susu pisang tersebut akan dapat kurangkan obesiti, buang toksik dalam badan, meningkatkan metabolisme dan sebagainya.

Sebelum ini pun pernah ada warga twitter yang mempersoalkan iklan nutrisi perniagaan mereka yang dianggap keterlaluan itu. Mereka meragui bagaimana susu berkenaan boleh kurangkan obesiti sedangkan jumlah gula dalam minuman itu sangat tinggi. Antara yang pernah bersuara ialah seorang pakar pemakanan iaitu Nur Amelia.

Marilah sama-sama kita tunggu apakah penjelasan dan kenyataaan yang bakal dikeluarkan oleh Nilofa HQ.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my