Serious?!

Impak Star Wars sehinggakan agama baru dicipta?!

Oleh  | 

STAR WARS adalah antara sebuah filem yang paling lama dan diantara yang paling popular sepanjang zaman. Setiap kali filem ni ditayangkan pasti akan pecah panggung. Tidak kira lah dari yang muda hingga la yang berusia pasti akan melayan. Ini kerana filem ini bermula dari akhir 80-an sehingga la ke hari ini.

Disebabkan cerita ini membawa banyak impak yang begitu besar sehingga berlakunya perubahan pandangan dan gaya hidup masyarakat atau individu.

Mungkin ia akan mengejutkan korang sebabkan ada perkara yang besar boleh peminat lakukan bila sudah terlampau fanatik terhadap sesuatu perkara. Jadi mari sis tunjukkan dekat korang.

Teknologi

Buat peminat Star Wars, korang mesti nampak pelbagai teknologi yang telah ditunjukkan di dalam filem ini walaupun ketika itu filem pertama dikeluarkan adalah pada era 80-an.

Teknologi seperti hologram, pedang lightsaber, kenderaan terapung dan banyak lagi telah membuatkan pakar teknologi telah cuba untuk menghasilkannya di dunia nyata.

via GIPHY

Masih banyak lagi yang tidak dapat dihasilkan sama seperti di dalam filem tersebut. Tapi kebanyakkannya hampir serupa dan hampir tepat seperti di dalam filem Star Wars.

Terlalu ramai orang mencuba untuk menghasilkan lightsaber yang sebenar dan ianya membuktikan filem ini memberi impak di dalam bidang teknologi seluruh dunia untuk menghasilkan sama seperti didalam filem.

Perfileman

Seperti yang kita memang sudah tahu, filem Star Wars telah beri banyak impak yang sangat besar sehingga sekarang. George Lucas iaitu pengarah filem Star Wars telah menghasilkan sebuah filem yang penuh dengan imaginasi yang tak dapat dibayangkan ketika Era itu.

Disebabkan itu juga, terhasilnya banyak filem yang mengetengahkan sci-fi. Peminat pula banyak mengahasilkan filem pendek menggunakan nama Star Wars dan cuba mengetengahkan kisah yang berkaitan di dalam dunia Star Wars. Penghasilan filem pendek dari peminat sangat bagus dan berkualiti.

via GIPHY

Pelajaran

Di dalam filem Star Wars, pertarungan Lightsaber sudah menjadi simbolik di dalam filem ini. Sehingga menjadikan orang sangat fanatik terhadapnya.

Untuk pengetahuan korang, ada sekolah-sekolah yang berdaftar mengajar pertarungan Lightsaber ni. Tapi ianya bukan lah untuk ke arah petarung, ia lebih kepada persembahan pertarungan Lightsaber.

via GIPHY

Pegangan

Ini mungkin akan buat korang terkejut dan ianya betul-betul terjadi. Di dalam Star Wars, hero yang digelar Jedi mempunyai pegangan yang kuat terhadap sumber yang digelar Force.

Ianya ibarat agama mereka di dalam filem ini. Ianya antara simbolik dan memainkan peranan penting di dalam setiap filem Star Wars.

Foto:miro.medium.com

Disebabkan itu, wujudnya sekumpulan yang fanatik terhadap Jedi mereka telah menghasilkan agama mereka sendiri yang digelar Jediism di dunia sebenar.

Ianya mengikut fahaman Jedi dan kod suci mereka dan mereka akan berpakaian seperti seorang Jedi. Agama ni terbentuk di beberapa negara termasuklah Amerika Syarikat dan mereka membina kuil Jedi untuk menjadikan tempat mereka bertemu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my