D-Life

Important! Kenali apa itu “Panic attack” dan simptom-simptomnya!

Oleh  | 

PERNAH tak tiba-tiba korang rasa seram sejuk dan berpeluh tiba-tiba? Nafas menjadi laju dan detak jantung mulai kencang? Maybe itu salah satu simpton kepada panic attack. Apa tu?

Baiklah, mengikut kajian Clinical Psychologist and Associate Director of The Johns Hopkins Bayview Anxiety Disorders Clinic, Neda Gould, panic attack adalah apabila sebuah sistem khusus dalam tubuh akan muncul ketika seseorang itu berhadapan dengan sesuatu perkara yang membuatnya menjadi cemas.

 

Ketika seseorang sedang mengalami panic attack, pada dasarnya sistem pertahanan akan muncul dan mengatakan, ‘Bahaya!’. Sistem pertahanan ini berfungsi sebagai bentuk peringatan terhadap tubuh untuk melarikan diri atau menghindar dari punca yang menyebabkan kita berasa cemas.

“Jika seseorang itu  mengalami panic attack, rasa takut dan risau akan timbul dan menjadi ancaman untuk tubuh kita. Hal ini akan mendorong sistem saraf simpati, yang mengendalikan proses bawah sedar tubuh kita, seperti bernafas dan denyutan jantung menjadi laju dan kencang. Pada waktu itu kelenjar adrenal akan melepaskan hormon, seperti adrenalin dan kortisol yang akan mempengaruhi sistem kerja seluruh tubuh kita”, jelasnya.

 

Simptom-simptom

Team Dhia nak kongsikan dengan korang beberapa simptom-simptom panic attack, sila ambil perhatian ya!

1) Sesak Nafas

Pernah tak bila korang sedang duduk bersendirian di rumah, tiba-tiba korang diselubungi perasaan takut? Dan korang akan berasa sesak nafas secara tiba-tiba. Kebanyakan orang berfikir yang mungkin mereka menghadapi masalah jantung atau sebagainya tapi sebenarnya ini adalah salah satu simptom panic attack. Awas ya!

2) Panik Tanpa Sebab

Secara tiba-tiba korang rasa panik dan takut bila berada di tempat yang penuh dengan orang. Kadang-kadang boleh mendorong korang untuk lari dalam keadaan itu walaupun sebenarnya tiada perkara yang mencemaskan berlaku pun.

3) Rasa pitam/Mahu pengsan

Bila berlakunya serangan panic attack ni secara automatik korang akan rasa cemas terlampau sehingga membuatkan korang rasa hendak rebah atau pengsan.

4) Berdebar-debar

Selalunya orang yang mengalami panic attack akan mudah untuk rasa berdebar tanpa punca. Biasanya gejala ini akan berlarutan selama 30 minit atau lebih.

5) Gugup

Orang yang mempunyai panic attack akan mudah berasa gugup apabila berhadapan dengan semua perkara. Mereka terlalu memikirkan pandangan orang terhadap mereka dan terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikiran sehingga tidak mampu untuk fokus perkara di depan mata.

6) Takut

Pernah tak tiba-tiba korang rasa takut dengan perkara-perkara yang remeh? Korang terlalu banyak memikirkan kemungkinan yang belum terjadi dan akhirnya korang ambil keputusan untuk lari dari situasi tu. Beware, mungkin korang salah seorang yang mempunyai panic attack!

7) Hilang Kawalan, Mati atau Jadi Gila

Perasaan ingin mati atau menjadi gila selalu terjadi kepada orang yang mempunyai panic attack. Perasaan ini datang secara tiba-tiba dan tidak boleh dikawal. Akhirnya kita akan mengasingkan diri dari orang lain dan berasa takut untuk menjalani kehidupan seharian kita. Guys please, harap-harap tak lah sampai tahap macam ni ya!

Jangan malu terima rawatan!

 

Bagi korang yang mengalami panic attack, jangan rasa takut atau malu untuk mendapatkan bantuan atau rawatan dari pakar psikologi walaupun korang bakal berdepan dengan pandangan negatif masyarakat. Sebab majoriti masyarakat masih merasakan rawatan ini untuk orang yang mempunyai penyakit mental. Itu tanggapan yang salah!

Kalau korang sendiri atau orang sekeliling ada ciri-ciri seperti di atas, segera dapatkan bantuan kumpulan sokongan selain daripada ahli keluarga dan rakan-rakan korang. Antara kumpulan yang boleh dihubungi ialah :

Team Dhia harap artikel ini sedikit sebanyak membantu korang diluar sana. You can do it!

Sumber: https://hellodoktor.com/ms/pusat-kesihatan/kesihatan_mental/rasa-takut-dan-berdebar-secara-tiba-tiba-anda-mungkin-mengalami-serangan-panik/

 

1 Comment

  1. Mohd Zahir Ali

    12 January 2020 at 9:55 am

    Thanks for the info

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my