Serious?!

‘In case’ korang terlepas, ini 4 skandal kumpulan Big Bang yang gegarkan dunia K-pop!

Oleh  | 

KECOH baru-baru ini skandal membabitkan Seungri iaitu bekas ahli kumpulan K-pop terkenal Big Bang yang dikatakan terbabit dalam beberapa kes jenayah.

Berikutan rekod buruk dan skandal yang terpalit, Seungri mengumumkan menarik diri dalam bidang nyanyian. Bukan itu sahaja, syarikat rakaman yang bertanggungjawab menjaganya iaitu YG Entertainment telah menerima permintaan penyanyi itu dan membatalkan kontrak serta merta.

via GIPHY

Ini bukan kali pertama skandal dan kontroversi membabitkan kumpulan itu. Berikut adalah antara skandal lain membabitkan pelantun lagu Monster itu.

Langgar lari Daesung 

via GIPHY

Pada tahun 2011, Daesung pernah terlibat dengan sebuah insiden langgar lari. Dalam insiden itu, Daesung tidak sengaja melanggar seorang pembonceng motorsikal. Polis bagaimanapun menyatakan artis itu tidak bersalah kerana mangsa berada di bawah pengaruh alkohol. Terkesan dengan kejadian itu, Daesung sempat menghilangkan diri dari dunia hiburan dan menguncikan diri di dalam bilik. Daesung juga telah pergi ke rumah keluarga mangsa untuk memohon maaf.

Skandal ganja T.O.P

via GIPHY

Pada tahun 2017, T.O.P ditangkap ketika dia sedang mengambil ganja bersama seorang gadis bernama Han Seo Hee. Namun, padal awalnya, penyanyi itu tidak mengaku dan menyatakan ia hanyalah rokok elektronik dan bukannya dadah seperti yang dikatakan orang ramai. Namun, ujian saringan mengesahkan T.O.P sebenarnya positif ganja. Skandal itu telah menyebabkan T.O.P terpaksa berhenti seketika dari military dan kembali semula berkhidmat selepas beberapa bulan.

Skandal Seks Seungri

via GIPHY

Bukan kali pertama Seungri pernah terbabit kontroversi. Pada tahun 2012,  dia pernah terlibat dalam skandal seks apabila gambarnya dengan seorang perempuan tidur di atas katil telah tersebar. Perempuan itu juga mengaku bahawa pernah menjalin hubungan cinta dengan Seungri. Kejadian itu telah membuatkan Seungri terkejut dan takut.

Skandal G-Dragon

via GIPHY

Juga pernah heboh kerana terpalit dengan isu ganja, G-dragon terbukti mengambil ganja di sebuah kelab malam selepas sebuah konsert di Jepun. Penyanyi itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah kerana tidak tahu bahawa rokok yang dihisapnya mengandungi ganja. Ketika itu, dia berada di bawah pengaruh alkohol. Namun, dia dibebaskan kerana kandungan dadah yang diambilnya dalam kadar yang sedikit.

Taeyang?

Di sebalik skandal yang pernah terjadi di antara ahli kumpulan Big Bang, Taeyang juga tidak kurang hebat menimbulkan kekecohan. Taeyang menggemparkan dunia Kpop kerana telah berkahwin dengan pelakon cantik Min Hyo Rin.

Biarpun pelbagai skandal dan kontroversi pernah melanda ahli kumpulan itu, namun peminat setianya tetap berada di belakang mereka untuk memberikan sokongan. Segala yang buruk kita jadikan teladan betul tak?

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my