Serious?!

Individu berdarah A berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19

Oleh  | 

“Hanya sebilangan kecil daripada pesakit berdarah O yang dijangkiti meninggal dunia akibat serangan virus COVID-19”

KAJIAN dari negara China menyatakan individu yang mempunyai darah A adalah lebih berisiko dijangkiti COVID-19 berbanding mereka yang berdarah O.

Selain dari itu, kajian mendapati sebahagian besar pesakit di Wuhan dan Shenzhen meninggal dunia adalah daripada pesakit dari kumpulan berdarah A berbanding sebilangan kecil daripada pesakit berdarah O .

via GIPHY

Menurut penyelidik di Pusat Perubatan di Wuhan, pesakit berdarah A dinasihatkan untuk meningkatkan daya tahanan tubuh bagi menjatuhkan risiko dijangkiti.

Selain dari itu, pasukan diketuai oleh Wang Xinghuan berkata kajian itu masih terlalu awal dan lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi membuktikan kesahihannya.

Sumber: Unsplash

Kajian yang dijalankan itu membandingkan lebih 2,174 jenis darah yang telah disahkan positif COVID-19 di Wuhan dan Shenzhen sebanyak 3694 penduduk bebas daripada coronavirus.

Selain dari itu menurut penyelidik Gao Yingdai menyatakan mereka yang berkumpulan darah A tidak perlu panik kerana ia tidak bereti berisiko untuk dijangkiti 100 peratus dan tidak bererti mereka yang berdarah O juga selamat.

Semua individu perlu kerap mencuci tangan mengikut garis panduan yang diarahkan oleh pihak berkuasa.

Sumber:Berita Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my