Serious?!

Ingat rokok je boleh rosakkan jantung? 5 tabiat ni sama bahayanya!

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Memang ramai orang tahu merokok menjadi penyebab utama kerosakkan jantung. Kalau merokok dah jadi satu habit yang sukar untuk korang hentikan, bayangkan tabiat-tabiat lain yang boleh menaikkan lagi risiko kerosakkan jantung korang tu.

Kadang kala tabiat-tabiat yang kita buat tu nampak macam tidak merbahayakan langsung tapi sebenarnya itu lah yang lambat laun akan menjadi penyumbang kepada kerosakkan jantung!

Jadi hari ini sis nak kongsikan dekat korang 5 habit yang boleh menyebabkan kerosakkan jantung selain daripada merokok.

Tidur tidak lena

Maksud sis, kalau korang tidur, pastikan korang mendapatkan tidur yang cukup dan lena sebab ada kajian yang menyatakan individu yang kerap tidur 6 jam mempunyai 79% peningkatan dalam risiko sakit jantung, berbeza dengan individu yang tidur 8 jam sehari.Bukan itu sahaja, Korang juga berisiko mendapat penyakit merbahaya yang lain seperti darah tinggi.

Tak cukup gelak

Kadang-kadang kita tak sedar terlalu sibuk sangat dengan kerja, kita bertukar  menjadi serious dan sampaikan terlalu serious dengan semua perkara. Tekanan yang korang sentiasa rasa tu memang tidak elok kesannya pada jantung. Ketawa boleh memgembangkan saluran darah dan membuatkan korang relaks!

Bandar sibuk

Kebanyakkan daripada kita bekerja berdekatan  dengan bandar-bandar yang banyak dengan manusia-manusia yang tertekan. Tinggal dekat bandar ni bukan itu sahaja, kehidupan di bandar ini juga menyebabkan manusia terdedah kepada pencemaran udara yang toksik hasil daripada kilang-kilang dan kenderaan.

Malas bersenam

Ketahuilah kalau korang malas bersenam, bukan setakat boleh merosakkan jantung je, malah penyakit-penyakit lain pun boleh menyerang. Bersenam dapat membantu melancarkan perjalanan darah dan mampu untuk mengurangkan tekanan!

Terlebih gula

Kebanyakkan penyakit berpunca daripada terlebih pengambilan gula dalam badan. Kadang kala kita tak sedar pun makanan yang kita ada tu dah mempunyai gula dan tak semena-mena gula ditambah pula lagi!

Sis harap artikel ini dapat membantu korang untuk mengekalkan jantung yang sihat dan kurangkan stress pada diri!

Sumber:Iluminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my