Be-You-Ty

Ganti kopi kamu dengan 4 minuman alternatif ini

Oleh  | 

KOPI antara minuman berkafein yang digemari ramai, malah mempunyai kelompok peminatnya tersendiri di seluruh dunia. Penggemar kopi mempunyai seribu satu sebab untuk menyukai kopi; dapat menghilangkan rasa mengantuk, memberikan tenaga dan bermacam-macam lagi.

Pernah minum kopi dan tiba-tiba jantung kamu berdegup laju? Eh, itu bukan tanda kamu sedang jatuh cinta dengan sesiapa tau. Itu kesan biasa jika kamu minum kopi berlebihan.

via GIPHY

Meskipun  banyak manfaat, tetapi minum secara kopi melebihi dos juga akan memungkinkan gangguan lain seperti risiko serangan jantung, sakit kepala, susah buang air dan macam-macam lagi.

Jika kamu memiliki risiko-risiko di atas, itu tandanya kamu perlu berehat daripada minum kopi. Eh, habis tu, mahu minum apa pula? Jangan risau. Nah, kami senaraikan 4 minuman alternatif pengganti kafein untuk panduan kamu.

 

Teh hijau matcha

FOTO: KMNPhoto

 

Teh hijau matcha ialah teh hijau yang sudah dihancurkan menjadi serbuk. Teh hijau kaya dengan antioksidan, klorofil dan juga serat. Teh hijau jenis ini juga baik untuk mencegah penyakit jantung selain dapat memerangi diabetes dan kanser. Untuk kesan yang lebih baik terhadap kesihatan, minum teh hijau tanpa gula untuk meningkatkan tenaga dan mengilangkan mengantuk.

 

Teh kunyit

FOTO: SkinnyMs

Kunyit sejenis herba yang popular di Alam Melayu kerana mudah didapati di mana-mana sahaja. Tidak hairanlah, dalam masakan dan perubatan, kunyit diguna pakai untuk menyihatkan badan. Teh kunyit berwarna kuning keemasan dan mempunyai rasa yang kuat. Teh ini selain dapat mencegah kanser dan Alzheimer, dapat juga meningkatkan sistem imunisasi badan.

 

Masala chai

FOTO: Epicurious

 

Minuman ini sangat popular di India dan mengandungi kafein yang cukup untuk memberikan kita tenaga. Kandungan rempah seperti kapulaga, kulit kayu manis, cengkih, buah pala dan halia membuatkan minuman ini mempunyai rasa yang kuat. Sama seperti minuman berkafein lain, masala chai juga mengandungi antioksidan, dapat menghilangkan selesema dan meningkatkan sistem imun badan.

 

Coklat panas

FOTO: Bon Appetit

Ini sudah tentu menjadi akan menjadi kegemaran kamu. Minuman coklat panas memang mudah dipesan di mana-mana kafe atau rumah kopi. Selain dapat membuatkan kita rasa bahagia, coklat panas yang mengandungi neurotransmitter yang disebut sebagai anandamin, yang mampu menjaga kesejahteraan mental. Coklat panas juga dapat memberi kita tenaga yang mencukupi.

Sumber:  Wellness Mama

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my