Be-You-Ty

Ini 4 cara memilih perfume dengan baik

Oleh  | 

PEWANGI merupakan perlengkap dalam menghiaskan diri. Lebih-lebih lagi kalau korang ada special occasion nak pergi majlis-majlis tertentu.

Pemilihan wangian yang bersesuaian agak penting kerana pada sesentengah orang memakai wangian yang salah boleh menyebabkan orang sekeliling lebih mendorong untuk menjauhkan diri daripada kita.

Jadi untuk mengelakkan diri daripada digelar pelik dan sebagainya, korang kena pandai pilih wangian yang sesuai. Macam mana nak pilih? Meh sini sis kongsikan 4 cara mudah!

Jenis perfume

Terdapat banyak jenis perfume yang dihasilkan di dalam dunia ini dan bukan semuanya kena dengan taste kita! Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Terdapat 5 jenis perfume yang dikategorikan. Perfumen (Parfum), Eau De Parfum,Eau De Toilette  ,Eau De Cologne (EDT) dan Eau Fraiche. Kenal pasti jangka masa setiap kategori ni.

Kesan wangian

Sis suggest kan dekat korang untuk memilih perfume yang sering kena dengan mood korang. Wangian yang kena dengan mood ni akan membuatkan korang rasa positif dan rasa fresh pada jangka masa yang lama

Wangian tepat dengan masa

Wangian perfume mempunyai 3 notes yang berbeza dan mempunyai kesan yang berbeza. Contohnya, top notes korang boleh kesan bauan dengan awal, middle notes merupakan wangian yang bertahan paling lama dan base notes merupakan wangian yang terakhir.

Pakai kena cara, masa dan tempat

Kalau korang pandai pilih, korang boleh pakai wangian yang kena dengan appearence korang seperti make up dan pemakaian.

Seperti contoh, wangian musk sesuai dengan jenis pakaian yang seksi. Manakala feminin sesuai dengan floral atau bunga bungaan.

1 Comment

  1. ZZD

    23 October 2019 at 5:47 pm

    Owhhh nice article

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my