Serious?!

Ini 4 kes buli, liwat melibatkan Pusat Tahfiz yang menggemparkan negara

Oleh  | 

JIKA kita meletakkan diri sebagai seorang ibu dan ayah. Sudah pasti kita akan melakukan apa sahaja untuk memastikan anak kita membesar menjadi seorang manusia yang menyejukkan mata dan hati. Sebab itulah ibu bapa sanggup bayar sejumlah wang untuk menempatkan anak mereka di pusat tahfiz agar mereka dekat dengan agama dan berperangai baik seperti  ayat Quran yang dihafal mereka.

Namun, seorang hafiz atau tidak, mereka tetap manusia yang akan berbuat salah. Tidak semestinya institusi tahfiz sentiasa dilindungi dan sentiasa suci. Jenayah yang berlaku di institusi tahfiz bahkan lebih terkutuk sekiranya ia tidak dibongkar dan diambil tindakan.

Berikut adalah senarai kes membabitkan institusi tahfiz yang pernah menggemparkan negara.

Dipukul sampai mati

Baru-baru ini seorang pelajar maahad tahfiz, Muhammad Aimin Nurul Amin yang baru sahaja berumur 7 tahun disahkan mati apabila dipukul. Pemeriksaan awam mendapati ada kesan lebam pada sebelah kiri bahagian pinggang, bahu dan luka di bibir.

BACA: Buli di Pusat Tahfiz: Pelajar bongkar mulut disumbat tahi kucing, disimbah air panas

FOTO: cempedakcheese

Motif kejadiaan adalah kerana pelajar cemburu dengan sifat Aimin yang dikatakan manja dengan pengurus pusat tahfiz. Maahad tahfiz itu bagaimanapun tidak mendapat kelulusan daripada JAIP untuk beroperasi.

Mulut disumbat najis, disimbah air panas

Pada 16 Oktober lalu, pelajar berusia 13 tahun di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiah dikejarkan ke hospital apabila badannya melecur akibat disimbah air panas. Mangsa disimbah air panas pada jam 4 pagi semasa sedang tidur. Sebelum itupun, mangsa pernah ditumbuk dan mulutnya disumbat tahi kucing.

FOTO: Sinar Harian

Terdahulu pengetua pusat tahfiz berkenaan ada menyatakan ia bukanlah kes buli namun hanya salah faham antara dua pelajar.

BACA: Maaf, sangat penat,; Akibat terlalu sayang, bapa tembak kepala anak dan isteri

Diliwat oleh kawan sebilik

Seorang ibu terasa sangat aneh dengan perubahan sikap anaknya. Setelah diasak, akhirnya seorang pelajar di sebuah pusat tahfiz di Berserah, Kuantan buka mulut menyatakan diliwat beberapa kali oleh kawan sebilik. Mangsa yang berumur 11 tahun sangat takut dengan kawan-kawannya menyebabkan dia mengunci mulut daripada menceritakan kes itu kepada ibu atau warden. Tiga orang suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

FOTO: Oh Bulan

Warden liwat pelajar tahfiz

Ini adalah kes yang pernah menggemparkan negara apabila seorang warden disyaki meliwat dua pelajar di Maahad Tahfiz Darul Barakah. Warden berkenaan dituduh merangsang seorang kanak-kanak di bawah umur 14 tahun untuk melakukan kelucahan melampau. Isu itu kemudian menjadi perbincangan hangat memandangkan pada ketika itu  ia adalah pusat tahfiz milik seorang penceramah terkenal.

FOTO: Says

Sebagai ibu dan bapa, kita tak hanya bertanggungjawab untuk menjadikan anak kita seorang manusia yang lengkap ilmu dunia dan akhirat. Tapi kita juga bertanggungjawab untuk mencari sebuah tempat yang selamat untuk anak-anak.  Jika terdapat perubahan aneh, ibu bapa seharusnya cepat sedar kerana ia boleh menyelamatkan mereka.

Suka atau tidak, nama institusi tahfiz memang selalu dipandang baik dan dihormati kerana visi dan misi mereka untuk melahirkan anak-anak yang mendekati Al-Quran. Namun, kes yang dilaporkan berkaitan salah laku di pusat tahfiz ini telah mencorengkan arang di atas nama kesuciaan institusi berkenaan. Ia sekaligus membuka mata semua yang sebenarnya jenayah boleh berlaku di mana sahaja dan tidak mengenal pekerjaan apalagi pangkat. Maka, sentiasalah berjaga-jaga dan jangan memandang kes seperti ini hanya sebelah mata.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my