DhiaLova

Ini 4 tanda korang ni ‘bad kisser’

Oleh  | 

HELLO Gadis-gadis trendy! Artikel kali ini sis tujukan khas buat korang yang dah berkahwin sahaja ya dan yang belum kahwin tu turn korang akan sampai tak lama lagi.

Kadangkala ada perkara yang boleh ditegur demi kebaikkan dan ada perkara yang orang tak berani langsung nak tegur. Ya lah benda-benda sensitif macam ni memang ramai yang tak berani nak tegur.

Kalau ditegur takut mudah sangat tersinggung! Jadi untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, meh sini sis kongsikan 4 tanda korang ni ‘bad kisser’.

Tiada perhatian

Bila si dia in mood untuk bersama, korang kena lah berikan perhatian sepenuhnya pada si dia. Bukan sibuk main phone je.

via GIPHY

Mulut busuk

Ha yang ni memang sis terus terang je, MAJOR TURN OFF okay! Ish ini menandakan korang gagal jaga kebersihan korang. Cuba tengok kalau-kalau si dia tu muka dia pelik sikit ke atau dia bagi reaction yang korang tak pernah tengok ke, ha memang ada lah something wrong tu! Rajin-rajin berus gigi, lidah dan sebagainya.

via GIPHY

Gelojoh

Ha ni pun satu hal lagi. Tahu lah baru kahwin, jangan gelojoh sangat. Apa salahnya ambil masa sikit, pelan-pelan kayuh. Tak pasal-pasal orang tu baru nak feel dah tiba-tiba jadi kelam kabut pula. Take your time dulu okay?

via GIPHY

Tidak berkomunikasi

Ha ini pun satu perkara yang penting korang kena buat. Mestilah kena berkomunikasi dulu, dengan berkomunikasi ni barulah boleh cipta chemistry diantara korang! Jangan tak berkomunikasi langsung, ish tak pelik ke korang?

Sis harap artikel ni dapat membantu korang untuk menceriakan kali hubungan korang tu yaang baru kahwin. Semoga bermanfaat!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my