D-Life

Ini 5 aktiviti bermanfaat pada Tahun Baru Cina yang kita boleh “join”!

Oleh  | 

PERAYAAN Tahun Baru Cina akan disambut oleh kaum Tiong Hua pada setiap tahun. Kemeriahan sambutan tahun baru cina di Malaysia pastinya dirasainya oleh setiap kaum di negara ini. So, takde salahnya kita join aktiviti mereka untuk mengeratkan perpaduan dan sekaligus dapat mengisi masa cuti kita dengan perkara yang bermanfaat!

Ziarah- menziarahi

via GIPHY

Negara kita yang hidup berbilang kaum pasti akan merasai setiap kemeriahan perayaan yang disambut oleh semua kaum. Seperti biasa, kita akan meraikan bersama dengan kunjung mengunjung  ke rumah bagi  mengeratkan lagi silaturrahim sesama kaum. Ini juga sebagai tanda kita menghormati agama lain yang ada di negara kita ni.

Memberi/ menerima Angpau

via GIPHY

Pemberian duit raya sudah menjadi tradisi dalam semua perayaan di Malaysia. Bagi kaum melayu pula, pemberian duit raya dianggap sebagai sedekah. Tapi  berbeza dengan budaya masyarakat Cina  pula. Mereka menganggap pemberian sampul merah adalah  untuk mendapat keberkatan dan nasib yang baik sepanjang tahun. Untuk meraikan perayaan mereka, anggaplah kita memberi dan menerima angpau ni sebagai satu sedekah je okay?

Makan besar

via GIPHY

Bercakap mengenai tradisi makan besar, ada dua aspek penting yang akan jadi keutamaan kepada masyarakat cina. First, ia menitikberatkan konsep perpaduan dalam keluarga dan yang kedua adalah aspek tradisi. Tradisi makan besar melambangkan keutuhan sesebuah keluarga. Kita juga boleh join aktiviti ini sebagai tanda menghormati tradisi dan budaya masyarakat cina. Kehidupan yang berbilang kaum kan?

Memberi buah tangan

Biasanya bila kita melawat rumah orang, kita akan bawa buah tangan untuk mereka. Jika melawat rakan Cina  pada tahun baru, jangan main beli je hadiah tau guys. Kaum Cina mempunyai kepercayaan mereka sendiri terhadap setiap pemberian. Pilihan selamat adalah seperti buah (sebaiknya buah oren), kek, biskut, coklat atau manisan.

Pertunjukan bunga api

via GIPHY

Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar menandakan sambutan tahun baru cina bermula. Kalau you alls nak tahu, setiap hari penting di Malaysia pasti akan diraikan dengan pertunjukan bunga api. So tak salah kalau kita nak enjoy the moment. Bukan setiap malam ada bunga api yang cantik kan?

Takde salahnya kita hendak meraikan perayaan tahun baru cina sebagai tanda menghormati adat resam mereka. Tapi mesti perlu tahu batas kita sebagai muslim ye. Di samping itu korang boleh melakukan aktiviti bermanfaat untuk mengisi masa cuti korang. Betul tak?

 

 

Artikel ditulis oleh: Aisyah Badrul

 

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my