Serious?!

Ini 5 bubble tea paling banyak dicari di Google!

Oleh  | 

FENOMENA bubble tea makin meledak dan berjangkit sehingga menjadi trend terkini dalam kalangan anak muda. Instastory mula dipenuhi dengan gambar air bubble tea bermacam jenama. Itu tak termasuk mereka yang sanggup beratur panjang hanya untuk mendapatkan air yang menjadi kegilaan ramai ini. Terutama sekali dekat area SS15!

via GIPHY

Bubble tea pula mendapat perhatian kira-kira beberapa bulan lalu. Bagi mengikuti trend ini, banyak kedai sudah mula menjual air bubble tea mereka sendiri. Kalau mereka yang tak suka manis dan susu berlemak, maybe korang terselamat daripada trend boba ni. Tapi kalau hati korang dah suka, apalagi, pergilah maraton mencari boba terbaik zaman kini kan? Sampai ada yang buat Bubble Tea Bingo untuk make sure korang dah pernah rasa semua jenama.

BACA:Gara-gara nak ikut trend, pengusaha bikin bubble tea dari

Baik, meh sini kami senaraikan apakah agaknya boba yang paling famous dan paling banyak carian menurut google setakat hari artikel ini ditulis.

5) Daboba

FOTO: Deskgram

Menduduki carta kelima, air jenama Daboba dengan gambar beruang sebagai logo telah mencuri perhatian netizen. Minuman paling terkenal dalam menu mereka ialah Roasted Brown Sugar Series dan juga Honey Golden Pearls. Diorang ada kedai dekat SS15 juga buka pukul 12 tengah hari.

BACA:Fikir dua kali kalau nak makan bubble tea lepas ni!

4) 2D Bubble Tea

FOTO: 2D Facebook

Cafe yang terletak di Subang ini memang pernah menjadi viral apabila dekorasi kedainya yang ala-ala komik telah berjaya mencuri perhatian warganet. Mereka sekali lagi mencuri perhatian apabila memperkenalkan 5 perisa bubble tea. Katanya mereka bakal buka outlet dekat SS15 dengan JB tak lama lagi.

3) Family Mart

FOTO: The Vocket

Kedai macam Family Mart pun tak ketinggalan wujudkan satu minuman bubble tea dengan harga yang lebih murah berbanding yang lain. Tapi promosi bubble tea Brown Sugar RM 6.90 ni pun hanya ada dekat kedai sampai 25 Jun sahaja.

2) Xi Fu Tang

FOTO: Daniel Food Diary

Rasanya semua peminat bubble tea memang dah pernah ambil gambar dengan air bubble tea paling terkenal dekat Taiwan ni. Ia telah wujud sejak tahun 2018 lagi tapi dah ada 60 outlets di seluruh dunia. Wow! Diorang punya packaging pun cantik, sesuai la untuk Instagram feed korang kan? Kalau ada yang tak pernah try lagi, boleh je pergi dekat SS15 sebab diorang pukul 11 pagi dah buka kedai.

1) Tiger Sugar

FOTO: pinterest.com

Menduduki tangga pertama ialah Tiger Sugar bubble tea juga berasal dari Taichung, Taiwan. Selain daripada presentation product diorang yang nampak mengiurkan, rasa air ini juga sedap. Minuman paling famous dalam menu diorang ialah Tiger Brown Sugar Boba Milk With Cream Mousse.

Jadi, adakah bubble tea favourite korang ada tersenarai dalam ni? Tapi kalau korang pemburu bubble tea sejati, korang mesti akan rasa je semua bubble tea yang wujud dalam hidup ni kan? Tapi, yang mana satu favourite korang? Cuba roger sikit!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my