Dhia Glam

Ini 5 busana di pentas AJL paling ‘lit’!

Oleh  | 

KALAU sebut sahaja Anugerah Juara Lagu (AJL), semua dah tau ia adalah anugerah muzik tahunan paling berprestij di Malaysia.

Seperti biasa, dalam majlis anugerah seperti ini tentu sahaja bukan setakat muzik dan cara nyanyian yang dibincangkan. Fesyen dan gaya baju artis di atas pentas juga turut menjadi topik hangat dan perhatian netizen.

Tak kisahlah baju yang dipakai artis itu ‘ so-so’ ‘pelik’ atau menyerupai kostum filem animasi. Ia memang akan menjadi buah mulut orang ramai keesokkan harinya.

Tapi, kalau baju yang dipakai selebriti itu cantik, menawan, dan the boom! Ia juga turut dibualkan orang selama beberapa keturunan. Jadi, ini dia senarai busana AJL paling lit pilihan Dhia dan pemerhati fesyen Gee Muhammad!

Jaclyn Victor AJL 26

Pada Anugerah Juara Lagu yang ke 26, Jaclyn Victor telah menggantikan Anuar Zain untuk menyanyikan lagu Sedetik Lebih. Jac hadir dengan dress biru  muda rekaan Rizman Ruzaini dengan perincian berlian di bahagian leher dan bahu. Jac sekali lagi membuktikan busana adalah faktor penting untuk memberikan persembahan yang lit dan elegan. Dress itu sangat  cocok dengan lagu high pitch melodrama ditambah pula dengan kesan cahaya lampu yang menyimbah kewajahnya benar-benar membuatkan Jac seperti ratu malam itu!

Adira AJL 27

Sudahlah persembahan Adira dan Hafiz Suip ditunggu-tunggu pada malam AJL 27, dikejutkan pula dengan kemunculan Hero Malaya Aaron Aziz di penghujung persembahan dengan membawa lari Adira yang sedia menanti bak puteri di taman bunga seri. Adira muncul dengan dress cutting mermaid berwarna biru persis Cinderella menanti putera idaman, dress of the night ini tak lain tak bukan adalah dari pereka terkenal Rizman Ruzaini.

Dayang Nurfaizah AJL 31

 OMG! Siapa yang boleh lupa dengan juara vokal terbaik 3 kali berturut-turut ini. Pakaian yang dikenakan Dayang selalu menjadi antara busana yang ditunggu-tunggu. Dayang nampaknya tidak kecewa apabila menyerahkan rekaan busana sepenuhnya kepada Rizalman Ibrahim. Menjadikan Ketua Menteri negeri Sarawak Tok Nan sebagai sumber inspirasi busana tersebut, Dayang tampil dengan gaya bold dan maskulin dengan jumpsuit kelabu serta kot labuh baldunya. Memang lit!

Elizabeth Tan AJL 31

“Setia aku pada dirimu”

Wah! kalau lagu pun ada vibes kahwin. Mestilah baju yang dikenakan juga ala-ala perkahwinan juga. Cuba tengok baju yang dipakai Elizabeth Tan hasil tangan Putra dari butik Cosry begitu cantik macam nak pergi  nikah malam itu juga. Sentuhan warna merah jambu dengan motif rama-rama kecil di dress berkenaan benar-benar menambah seri penyanyi itu!

Ernie Zakri AJL 32

Bukan sahaja menyandang vokal terbaik, namun busana yang dikenakan Ernie semasa menyanyikan lagu Aku Cinta telah menjadi buah mulut netizen. Ramai yang memuji kecantikkan busana yang disarung Ernie ala-ala anak patung Barbie turun dari tangga. Mullet dress rekaan AMAZE Atelier benar-benar memukau sehingga menyebabkan para gadis di luar sana mengkategorikan ia sebagai Beautiful Dream Dress mereka. Baju ini juga turut mendapat pujian pereka terkenal Rizman Ruzaini.

Jadi, untuk AJL akan datang, agak-agaknya siapa punya baju yang lit dan the boom?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my