Serious?!

5 cara untuk yang susah nak tidur, No.5 paling berkesan untuk tidur lena

Oleh  | 

SESETENGAH manusia mempunyai masalah sukar untuk tidur tidak kira waktu. Walaupun individu tersebut ebrada dalam keadaan letih dan mengantuk, namun nak lena tu menjadi satu perkara yang sukar bagi mereka.

Sis faham sebab sis pun macam tu! Kadang kala bila nak kena bangun awal tu lagi lah tersiksa sebab ia akan menyebabkan korang tidur yang tidak cukup dan memerlukan rehat yang lebih lama.

Jadi hari ini sis  nak kongsikan dekat korang lima tips yang korang boleh amalkan untuk membantu korang tidur dengan lebih cepat dan lena!

Relaks dan jangan terlalu mencuba

Bila korang dah ready nak tidur tu, pastikan korang tidak terlalu mencuba  untuk pejamkan mata dan terlalu fokus untuk tidur. Tak semena-menanya korang akan merasa tertekan dan akan menjadi lebih sukar untuk korang lena. Korang hanya perlu relaks dan elakkan daripada bermain telefon bimbit tu.

Tutup lampu
Suasana untuk korang tidur juga memainkan peranan yang penting. Seperti contohnya, korang kena wajibkan tidur dalam keadaan gelap supaya korang boleh dapatkan tidur yang berkualiti. Tapi ada sesetengah orang memang akan takut untuk tidur dalam gelap, jadi apa yang sis boleh cadangkan dekat korang, dapatkan lampu tidur yang malap untuk membantu korang tidur.

Foto:Unsplash

Mandi air panas
Mandi dengan air panas sebenarnya dapat membantu korang untuk mendapatkan tidur yang lena. Ini disebabkan air panas dapat membantu minda dan hormon korang untuk merasa lebih relaks. Korang tidak wajib untuk mandi air panas setiap hari, cukup sekadar dalam dua kali seminggu je.
Stokin
Bila kaki kita terdedah dengan udara sejuk, ia akan membuatkan kita lebih sukar untuk tidur sebenarnya. Jadi apa ayng kroang boleh lakukan adalah cuba untuk tidur dengan memastikan kaki korang berstokin. Kaki yang warm akan membantu korang untuk tidur dengan lebih lena.

Foto: Unsplash

Berangan

Kalau bab berangan ni memang ramai yang power. Sis cadangkan untuk korang berangan perkara-perkara yang boleh menenangkan minda. Mungkin korang boleh berangan korang tentang laut tenang atau awan yang biru untum membantu badan korang relaks sikit dan memudahkan korang untuk lena.
Sis harap artikel ni dapat membantu menyelesaikan masalah sukar tidur korang tu dan jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan korang ya, semoga berjaya!
Sumber:Siraplimau

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my