DhiaLova

Ini 5 ‘hints’ si dia sebenarnya nak ‘get back’

Oleh  | 

WALAUPUN sudah hampir tiga tahun tidak berjumpa setelah korang putus cinta. Tapi bila terjumpa baru-baru ini, korang tahu yang dia sebenarnya masih single. Dia masih kacak seperti dulu. Tak banyak yang berubah. Hati korang berdegup kencang dan tak boleh melupakan dirinya setelah berjumpa.

Korang mula tertanya-tanya adakah dia merasai dan memikirkan benda yang sama?

Kalau si dia ada melakukan seperti yang sis nyatakan ini, mungkin dia masih ada hati dengan korang.

Rajin komen dan likes gambar di Socmed

via GIPHY

Ada sesetengah perasaan yang putus cinta dengan cara yang damai. Jadi, mereka tak bermusuh. Sebab itulah dia tak unfollow korang dekat Socmed. Tapi kalau tiba-tiba rajin komen hampir setiap gambar yang korang post. Nampaknya dia sengaja nak curi perhatian korang secara halus.

Ada je benda nak sembang

via GIPHY

Selain itu dia selalu sahaja ada benda atau alasan untuk borak dengan korang. Kadang-kadang tanya pasal movie dekat Netflix. Sembang pasal artis, atau apa sahaja topik asalkan boleh saling bercerita dengan korang.

Ingat tak dulu kita selalu…

via GIPHY

Bila dah rajin tegur kita, dia pun mulalah nak throwback benda-benda sweet yang pernah korang buat bersama-sama. Dia berusaha nak korang ingat kenangan lalu. Itu hint yang dia bagi dekat korang yang dia tak pernah lupakan korang.

Minta maaf berkali-kali

via GIPHY

Bukan itu sahaja, dia pun meluahkan rasa penyesalannya kepada korang. Kalau boleh diulang semula masa, dia akan menjaga korang bagai menatang minyak yang penuh. Dia menyesal tak menunjukkan cintanya kepada korang dulu. Pada masa yang sama dia sedang memberitahu korang yang dia sudah berubah menjadi seseorang baru.

 Awak single lagi?

via GIPHY

Dia sibuk nak cari tahu status perhubungan korang. Adakah korang sedang rapat atau bercinta dengan orang lain. Dia akan tanya sebanyak mungkin dengan cara yang paling halus. Kalau korang bertanya kenapa, dia akan jawab

Saya nak pastikan awak bahagia,

Ha macam mana? Ada tak kesemua ciri ni ada dekat bekas kekasih korang. Nasihat sis, kalau korang rasa jodoh korang kuat dan dia deserve peluang kedua. Kembalilah. Tapi kalau korang meragui kejujuran dia, Berundurlah.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my