Serious?!

Ini 5 kes kanak-kanak dibunuh kejam yang menggemparkan negara!

Oleh  | 

KALAU mengikut kepada logik akal sihat manusia, hendak melempang atau mencubit kanak-kanak pun sudah boleh membuat hati kita luluh.

Apatah lagi kalau sampai hendak mencekik, memukul dan membunuh mereka! Ia memang kejam dan di luar batas keperimanusiaan.

Mari kita kembali menyemak statistik yang pernah dikeluarkan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman merekodkan 567 kes kanak-kanak hilang telah dilaporkan.

Daripada angka itu, 374 telah berjaya ditemui semula (sama ada dalam keadaan hidup atau tidak) manakala 193 lagi masih hilang.

Ini antara 5 kes kanak-kanak hilang yang pernah menggemparkan tanah air:

1) Nurul Huda Abdul Ghani

FOTO: Lobak Merah

Gempar seketika apabila seorang budak perempuan berusia 11 tahun dilaporkan hilang sebaik sahaja keluar dari rumah untuk menaiki basikal pada jam 9:30 pagi.

Gerakan mencari Nurul Huda Abdul Ghani dilakukan secara besar-besaran dengan bantuan pihak polis. Namun, tiada siapa yang boleh melawan naluri ibu. Ketika pencarian, ibu mangsa tiba-tiba merasakan sesuatu yang mencurigakan di pondok pengawal keselamatan berdekatan kawasan pencawang elektrik.

Setelah pihak polis bergelut dengan pengawal keselamatan yang enggan membuka pintu pagar pencawang, alangkah terkejutnya apabila Nurul Huda ditemui dalam keadaan berbogel dan tidak sedarkan diri.

Nurul Huda dipercayai telah dirogol bergilir-gilir dan disahkan meninggal dunia pada jam 1:30 oleh pembantu perubatan di Pusat Kesihatan Gelang Patah.

2) Nurin Jazlin Jazimin

FOTO: Lobak Merah

Tidak ada siapa yang boleh melupakan kes kekejaman yang menimpa adik Nurin Jazlin Jazimin pada tahun 2007.

Nurin yang baru berumur 8 tahun dilaporkan hilang selepas ke pasar malam di sekitar rumahnya di Wangsa Maju.

Beberapa hari selepas itu, polis menjumpai mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya.

Hasil bedah siasat mendapati pembunuh memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak malang itu. Rektrum kanak-kanak itu pecah dan dijangkiti bakteria. Bukan itu sahaja, fizikal kanak-kanak itu juga ditemui dalam keadaan kurus kering dan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuhnya.

Semasa proses pengecaman mayat di hospital, ibu dan bapa Nurin menafikan itu adalah anaknya.

Namun, ujian DNA mengesahkan mayat yang ditemui di dalam beg berkenaan adalah Nurin Jazlin. Jenazah Nurin Jazlin dituntut di Hospital Besar Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak.

3) Sharlinie

FOTO: farm4.static

Belumpun reda lagi misteri kehilangan Nurin, beberapa bulan selepas itu seorang kanak-kanak bernama Sharlinie Mohd Nashar dilaporkan hilang ketika bermain bersama-sama adik-beradiknya di kawasan rumahnya kira-kira jam 11:30 pagi.

Mengambil ikhtibar daripada kes sebelum ini, kerajaan telah mempergiat pemasangan CCTV di tempat awam dan ia menjadi kes utama yang dibincangkan pada ketika itu.

Poster Sharlinie lengkap dengan gambar, nama, ciri-ciri fizikal dan nombor telefon telah diedar di sekitar kawasan perumahan dan tidak ketinggalan juga di perhentian bas, stesen komuter, masjid, restoran dan pondok polis.

Namun, lebih menyedihkan apabila terdapat segelintir yang menggunakan nombor telefon waris mangsa dengan memberi maklumat palsu dan membuat ugutan.

Bermacam-macam cara dilakukan untuk mencari kanak-kanak malang itu. Namun, kerana maklumat yang diperoleh sangat sedikit menyukarkan lagi usaha untuk mencari Sharlinie.

Sharlinie masih tidak dijumpa dan menjadi  misteri sehingga hari ini.

4) Nadirah Abdullah

FOTO: Metro

Pada 1 Mac, Nurul Nadirah atau lebih mesra disapa sebagai Dirang  dilaporkan hilang setelah keluar membeli mi segera di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Polis sudah melakukan pemeriksaaan di 20 lokasi namun Dirang masih gagal ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin telah menemui sebelah selipar mangsa yang ditemui 200 meter dari lokasi rumahnya iaitu di kawasan ladang kelapa sawit.

Tidak lama selepas itu, serpihan rangka manusia dan tulang yang rentung ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai. Hasil keputusan DNA mengesahkan ia adalah milik Dirang.

Dirang dikatakan dicekik sehingga mati sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar sehingga rentung.

Pembunuh Dirang bernama Muidin dituduh membuh Dirang pada 1 Mac  jam 12 tengah malam dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Punca kejadian adalah disebabkan suspek berdendam dengan nenek Dirang yang telah menghina dan memandang rendah kepadanya.

5) Siti Masitah

FOTO: Metro

Baru-baru ini gempar apabila seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan hilang di Pekan, Pahang.

Siti Masitah dilaporkan hilang setelah meminta RM1 dan menunggang basikal bersendirian untuk pergi ke kedai runcit berdekatan rumahnya.

Setelah 11 hari Masyitah dilaporkan hilang orang kampung telah meluaskan tempat pencarian sehingga ke ladang kelapa sawit. Teka-teki kehilangannya terungkai apabila orang kampung menemui mayatnya dalam keadaan tragis.

Mayat Masyitah ditemui mereput dengan kepala yang terpisah daripada badan. Bukan itu sahaja, tangan dan kakinya turut diikat dan organ dalamannya dikeluarkan daripada tubuh.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Pekan untuk tindakkan lanjut.

Sumber: RemajaUtusan, MetroThe Star, Berita Harian,

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my