Be-You-Ty

Awas, 5 kesalahan tanpa sedar memakai ‘sheet mask’!

Oleh  | 

KERAP sekali kamu memakai sheet mask; tiga kali seminggu lebih kurang, tetapi kamu tertanya-tanya; kulit wajah kamu tetap kusam, kurang segar dan tidak bermaya. Barangkali kamu tersalah langkah ketika memakainya. Pernah kamu tahu?

via GIPHY

Jika kamu gemar memakai topeng wajah, ini kami tunjukkan bagaimana mahu menguasai sheet mask 101. Mari pecah bendung 5 kesilapan utama ketika memakai sheet mask.

 

1.   Mendahulukuan rutin penjagaan kulit sebelum sheet mask

Sekali fikir, sheet mask macam wajar diletakkan pada peringkat akhir rutin penjagaan kulit wajah supaya dapat melapisi toner, serum dan pelembap di bawahnya. Namun, cara tersebut tidak begitu berkesan. Hakikatnya, dalam rutin penjagaan kulit 10 langkah gaya Korea misalnya, sheet mask berada di tengah-tengah dalam turutan itu (antara ampul dan serum).

 

2.   Membiarkan sheet mask terlalu lama (sehingga tertidur!)

FOTO: TheFashionSpot

Kebanyakan produk menyarankan untuk membiarkan sheet mask dalam tempoh 15 hingga 20 minit. Jika anda membiarkan sheet mask melebihi tempoh ini, lembapan yang patut ada pada wajah anda akan tersejat pada backing paper. Juga, jangan biarkan sheet mask anda terbiar sehingga anda tertidur!

 

3.   Membasuh muka selepas memakai sheet mask

Selepas memakai sheet mask, anda sebenarnya tidak perlu untuk membasuh muka anda serta-merta. Beri tempoh selama 10 minit selepas menanggalkan sheet mask supaya kulit wajah anda dapat menyerap lebih banyak esen.

 

4.   Membuang esen yang berlebihan

Setiap sheet mask mengandungi esen lebih daripada yang diperlukan mask. Oleh sebab itu jika kamu membuka pek sheet mask, lebih banyak esen yang tertinggal. Jangan terus buang esen berlebihan tersebut, kerana kamu boleh gunakan untuk diratakan pada sheet mask atau boleh juga dilumur pada kulit leher dan keseluruhan badan kamu.

via GIPHY

5.   Memakai toner pada urutan yang salah

Untuk sheet mask atau sleeping mask, disarankan untuk memakai toner sebelumnya. Ini bagi membolehkan kamu membersihkan dahulu kulit wajah kamu secara total sebelum memakai topeng muka. Pilhan lain, kamu juga boleh memakai toner selepas membilas wajah atau menanggalkan peel off mask untuk menanggalkan sisa esen pada kulit wajah.

 

Sumber:  Beautifully Me

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my