D-Life

Ini 5 menu halal Tahun Baru Cina yang ‘confirm’ buat korang kecur liur!

Oleh  | 

TAHUN  Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka.

Seperti perayaan Aidilfitri, Tahun Baru cina juga kaya dengan juadah menarik yang boleh buat kita kecur liur.

So, korang nak tahu apa juadah wajib untuk raya cina? Jom kita kenal juadah-juadah yang menarik sempena perayaan Tahun Baru Cina. Check it out!

  1. Buah Mandarin

 

Sumber Foto: unsplash

Buah mandarin sememangnya buah yang paling popular ketika Tahun Baru Cina. Masyarakat cina percaya daun buah mandarin dapat membuang bala dan buahnya pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan. Hurmm, buah mandarin memang sedap bila makan sejuk-sejuk jugak kan? Yummy!

  1. Kuih Bakul

Sumber Foto: mykitchen101

Kuih bakul adalah sejenis kuih tradisional cina yang melekit dan kenyal teksturnya. Selain digelar kuih bakul,ia juga dikenali sebagai Nian Gao. Kuih ini diperbuat daripada tepung pulut dan gula. Masyarakat cina menganggap kuih bakul boleh membawa tuah kepada perayaan tahun baru cina. Nian Gao juga melambangkan erti “semakin tua semakin tinggi”.

  1. Yee Sang

Sumber Foto: LoveAsia

Yee Sang bermaksud “ikan mentah (hidup)” atau “senang hidup”. Antara bahan-bahan yang ada dalam yee sang adalah  ikan mentah, hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang ditumbuk,halia,limau bali,jus limau, serbuk lima rempah dan keropok rangup. Makanan yee sang ini juga membawa maksud dilimpahi kemewahan dan kejayaan  pada tahun berkenaan.

4.Siu Mie

Sumber Foto : Foody.id

Siu Mie merupakan menu wajib bagi masyarakat cina yang berketurunan Tionghoa. Juadah Siu Mie melambangkan simbol umur yang panjang. Antara bahan penting untuk menghasilkan Siu Mie adalah mi kuning, sayur sawi, udang, minyak bijan dan sedikit perisa yang lain. Masyarakat cina percaya dengan memakan siu mie boleh memanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

  1. Ladu/ Dumpling

Sumber Foto: visiteiffel.com

Ladu ini berbentuk seperti jongkong emas Yuanbao dan dipercayai mampu membawa tuah. Ladu ini berinti udang atau ayam dan selalunya hidangan ini akan disediakan sebagai sarapan pagi ketika tahun baru cina.

Menarik kan menu-menu di atas? Kecur liur beb! Korang mesti cuba tau. Jangan risau tentang bahan-bahan yang terkandung dalam makanan yang disenaraikan di atas sebab semuanya halal. Tapi korang kena pastikan juga cara penyediaan yang betul setiap kali memesan makanan ini di luar ok? Kami daripada team Dhia ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada sesiapa yang menyambutnya dan selamat bercuti kepada semua! Have a great holiday!

 

 

Artikel ditulis oleh: Aisyah Badrul

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my