Dhia Glam

Ini 5 penyanyi yang popular diharamkan di negara lain!

Oleh  | 

PENYANYI yang bertaraf antarabangsa ni mesti korang fikir dia boleh pergi kemana sahaja di dunia ni untuk mengembangkan bakatnya kan? sebenarnyakan ada beberapa penyanyi yang terkenal tidak dibenarkan untuk membuat persembahan di beberapa negara!

Cuba korang bayangkan kalau nak tengok live atau pergi ke konsert diorang ni mesti kena terbang ke negara lain! Lagi-lagi penyanyi yang berbakat tu, penyanyi kegemaran korang? Alahai. Tapi kan mesti ada sebab kenapa diorang ni dilarang membuat persembahan di beberapa negara.

Jadi hari ini sis nak kongsikan dekat korang artis antara bangsa yang dilarang membuat persembahan di beberapa negara.

Bob Dylan

Namanya sering muncul dalam filem-filem dan muziknya juga turut tidak terkecuali. Namun beliau diharamkan untuk melakukan persembahan di Beijing, Shanghai, China di tahun 2010. Bob Dylan dikatakan menghasilkan lagu yang mempunyai unsur-unsur protes sosial dan lagu revolusi. Namun, setelah membatalkan konsert jelajahnya di Asia, Bob Dylan dibenarkan untuk membuat persembahan di China tapi dengan syarat harus menghantar senarai lagu nya terlebih dahulu.

Bjork

Penyanyi ini dikatakan mencetus kontroversi apabila penyanyi ini menjerit “Bebaskan Tibet” dan “Naikkan bendera anda” kepada peminat-peminatnya. Oleh disebabkan tindakan itu, penyanyi ini diharamkan untuk kembali di China dan dianggap mengancam kedaulatan negara .

Madonna

Pada tahun 2004, penyanyi pop ini diharamkan untuk menjejaki tanah Mesir kerana pernah melawat negara Israel dan Maddona merupakan penyokong tegar Kabbalah iaitu kepercayaan mistik Yahudi.

Snoop Dogg

Rapper yang cukup terkenal ini diharamkan dalam beberapa negara seperti Norway, Australia, Afrika Selatan akibat kes yang terlibat dengan dadah, rekod jenayah lampau dan membuat kacau di dalam kedai bebas cukai sehingga dipenjara selama jua.

The Beatles

Israel mengharamkan kumpulan diharamkan kerana mempunyai pengaruh negatif terhadap golongan muda dan menjadi penyebab berlakunya histeria dan gangguan besar-besaran.

Sis harap korang enjoy artikel ini dan pastikan korang minat artis yang dapat memberikan korang pengaruh yang baik okay?

 

 

Sumber:Iluminasi.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my